Saturday, December 18, 2010
Hantu Kak Limah sakit gigi
btw,last morning had appoinment with orthodontist.
dah agak,memang itu doc nak cakap.
lately,aku perasan structure jaw dah ke kanan..
masya-Allah..and doc advise utk berlatih senyum plaks lepas ni. utk memastikan
structure jaw aku tak ke kanan lagi.*sigh*
okayy doc,i will!~
Then,heading to One Utama.
makan-makan at seoul garden dengan adeks tersayangs.
and nonton citer "hantu kak limah balik rumah"..
xmenahan time awie sing a song to his late gf.
kesian..baru tahu awek dia dah takde.
at that time,dia ke kota singa selama dua tahun utk mencari rezeki.
hmm~ apa-apa pun during sem break ni
meroyan jugak aku gi lepakss wayang
dari harry potter (yang aku xpena follow),crayon,ngankung,aku tak bodoh,rapunzel,and hari ni movie ke-enam...hoohohoho..
berbaki lagi beberapa minggu nak masuk sekolah.
so,aku pun kenelah menanam..bukan tanam anggur.
tapi,menanam azam baru.
azam..aku sem depan ialah..
jawapan cliche nya:
1) nak naikkan pointer
2)nak dapat dekan(insya-Allah)
3)menjadi seorang yg lebih baik dr sebelum2 ni.
amin~
p/s: harap2 strawberry triffle yg nak buat malam ni,menjadi..hoho
Friday, December 10, 2010
Makeover ter"over"
Anugerah..

ya,ya...akan ku tag kan mereka yg harus menerima award ini :)))
Kepada cik afzdan,terima kasih ya,kerna men tag diriku dan memberi daku award ini..saya sangat happyyyyyyyyyyy..yayyyyyyyyyyy.. :):):):)
Wednesday, November 24, 2010
Kamu.
if this site making you satisfied to know everything abt me.
should i called you a "stalker"..naahhh..
omg.i have stalker.
that wanna know everything abt me.
Again,to you..
please,please and please..
if i'm deleting you from my friendlist in fb.
its valid for a reason.
Nothing has changed me.
I'm always like this.
like you known me before.
Alhamdulillah
its good for us to be like this.
Di Saat Aku Mencintaimu-Dadali
Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,
Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….
Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….
Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…
Tuesday, November 16, 2010
Erti sebuah pengorbanan
sedar tak sedar..sudah dua hari aku dah selesai final exam for ths semester..
Alhamdulillah semua sudah berjalan lancar.
harap2 apa yg dihajati,tercapai..aminn~
Kemudian, bermula esk..kita bakal menyambut Aidiladha..
diharapkan kepada mereka yang pulang ke kampung,berhati2 memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
kepada rakan2,sahabat handai dan saudara mara yang dekat dan jauh,seribu kemaafan dipohon andai diri ini melakukan kekhilafan pada kamu kamu sekalian.
P-E-N-G-O-R-B-A-N-A-N..
Apa yang kita telah korbankan selama ini?
cukup kah rasanya nilai dan erti pengorbanan kita selama ini?
bagi diri aku, selama 22 tahun berada di bumi fana ini, tak banyak yang aku korbankan.masih banyak yang perlu di muhasabah kan.
Mungkin pengorbanan aku
x sebesar emak yang melahirkan,menjaga dan mendidik diri aku serta abah yang banyak menjaga,mendidik dan memberikan sepenuh kasih sayang pada aku adik-beradik.Alhamdulillah pengorbanan mereka berdua "menjadikan" kami seperti sekarang.
Tak ternilai rasanya.begitu juga buat kalian yang masih mempunyai "dua permata berharga" dalam hidup kalian..hargailah mereka.
Pengorbanan hati dan perasaan.
Aku mungkin tak sekuat kalian untuk berkorban hati dan perasaan
tapi aku harus dan perlu belajar berkorban untuk itu semua
mungkin isi nya terlalu subjektif,tetapi untuk menilai ketulusan sebuah pergorbanan itu hanya kita dan DIA yang maha mengetahui..
Akhir kalam,salam Aidiladha buat anda sekalian~
Saturday, November 6, 2010
Kerana Itu..
Thursday, November 4, 2010
Kenangan
Sunday, October 24, 2010
Ketika Itu..
kehendak hati
hati yang mahu lari
lari dari semua
Tapi, aku kuatkan lagi langkah ini
untuk segala yang belum ku hadapi
Ketika itu
aku sibuk dengan urusan dunia
sibuk yang seakan menjengah ruang rasa
kadang kala melupakan seketika DIA
Astaghfirullah...
Ketika itu
aku leka dengan hal si dia
si dia yang aku puja
namun hati tak pernah menolak rasa
rasa yang seakan mengatakan "sampai bila hubungan kita"?
Ketika itu
aku sepi
sepi yang seakan menujah dalam hati
hati seakan berkata
carilah DIA..
DIA maha mendengar
Lalu aku ikutkan rasa...
aku teruskan pencarian dalam mencari DIA..
Ya rabb.
*Buat rakan-rakan seperjuangan sekalian, terima kasih
kerana sentiasa ada bersama diri ini dan juga buat anda yang
bakal menduduki alam imtihan bermula esok, selamat maju jaya diucapkan
doa,usaha dan tawakkal ubat paling mujarab.
Sunday, October 17, 2010
Pergi Jauh Rasa Itu..
Ia seakan kembali menerjah ruang minda ku.
aku biarkan dan ku leraikan segala rasa itu
agar aku tahu makna sebenar ketabahan
tetapi.......
Allah itu maha adil
DIA datangkan dugaan
untuk menguji aku dan umat yang lain
agar kami semua mengerti makna sebenar kehidupan
Terkadang aku leka dengan dunia
memikirkan tentang masa depan dan nikmat sebenar hidup
tapi...aku akur
akur dengan kehendak yang Maha Esa
untuk terus sabar dengan dugaan ini.
Ingin aku buang segala memori duka itu
tapi aku jahil
aku tahu aku kurang arif tentang segalanya
mungking bila aku biarkan rasa itu pergi
mungkin aku akan kuat
Wednesday, October 13, 2010
Kuatkan hatiku Ya Allah..
Alhamdulillah.tak lama lg aku nak hadapi final examination yang berbaki lagi 11 hari menurut perkiraan hari ini.
Ya Allah terasa pantas benar masa berlalu
dengan apa yang aku alami sebelum dan sekarang
seakan mengajar aku untuk terus kuat dalam menghadapi segala dugaan hidup.
Dari pelbagai bentuk masalah akhirnya aku rasa telah cukup kuat seketika ini
Mungkin esok aku diuji lagi
atau mungkin tulat
lusa..
ahhhhhh....aku benci semua itu
aku benci mereka yang mengkucar kacirkan hidup aku
kadang2 aku rasa mahu lari dari semua masalah yang berlaku
tapi,sebagai manusia yang bepegang pada ajaran-Nya, aku harus terus kukuh di belakang tembok sabar itu.
aku kutip serpihan duka dan lara supaya mengubati rasa yang membenam di dada.
Mungkin aku alpa
aku ada Allah untuk aku mengadu
Aku ada keluarga untuk di beritahu tentang keadaanku
Aku ada kawan,sahabat dan juga teman untuk aku meneruskan sisa-sisa yang mencorakkan hidup aku sekarang......
Ya Rabb,
Kalau aku tersungkur lagi
berilah aku petunjukmu
jika aku ter alpa dengan dunia
berilah peringatan pada ku
ada ego yang seakan menebal didalam jiwaku
untuk aku terus berusaha menentang musuh jiwa
iaitu duka.
Kuatkan hati aku,Ya Allah..
Sunday, October 10, 2010
The Way Of My life.
Akhirnya dah separuh selesai satu paper core subject for this semester.
kenapa separuh??
huhu.sebab another folllowing week will be the tough week ever for me and others to struggle in the final examination...
Then,
rindu nak ber blogging yg telah diperam selama beberapa hari.
nak tulis apa pn xtahu ni.
last week is the bad week ever because im having a bad diarrohea(betul ke x,eja..xtau la)
or what we called it as "cirit-birit"..
Yesterday the doctor asked me " why u dont go to the clinic after having a bad diarrohea"?
As usual and cliche answer from me" takde masa lah doc,saya balik rumah pun dah lewat".
after a few minutes the doctor advice me and give me some medication.
igt after makan ubat terus baik.
diaaaaaaaaaa jadiiiiiiiii lagiiiiiiiiii...
sangat tension okay.
sbb banyak feberet food telah di kuarantinkan dr memasuki dalam perut ku ni..
apakan daya..
nafsu makan mengatasi segalanya..
daku xkira.
bedal tetap bedal..
tp,bila malam..."padan muka kat diri sendiri".
sambil study.sambil menahan sakit.
ubat tetap ambil.
to reduce the pain and heal the diarrohea.
hurm,,what else ya?
haaaaaaaaa...tiba2 teringat dekat majlis yang berlansung for today..
i drive here and there..
almost some of the places ada event kenduri kahwin.
10.10.2010 (what a great number!!).
and tak lupa to our Malaysian Austranout "Dr.Sheikh Muszaphar and Dr.Harlina" yang melansungkan perkahwinan hari ini..
Congratulations to both of them.
Semoga kekal hingga ke anak cucu.
Sometimes I'm wondering..
when is my day?
who's my life partner yang sanggup sama2 redah susah senang.
and siapa,apa,kenapa,bagaimana percaturan hidup seorang wanita bernama "AMIRUL AKMAR"..
tiada siapa yang tahu.
hanya diri ini yang mampu berdoa dan merancang
tapi,hanya ALLAH yang menentukan.
Sama-sama kita berdoa agar satu hari nanti our way of life
is full with bed of roses and at the same time get blessesd from Allah S.w.t.
Amin~~~ :) :) :)
Thursday, October 7, 2010
Mula kembali,akhirnya.
Akhirnya,and at last i will says "Alhamdulillah"
for the new look of my blog.
lepas dah make up sana,godek sana,download itu ini.
Inilah yang terbaru sekali dari empunya blog ini.
Tiada apa yang ingin di ceritakan sepanjang minggu ni.
melainkan Ujian,Test dan Exam fever is AROUND D CORNER.
for those who seat for the final examination by next week onwards.
I wish to all of you,best of luck and All The Best.
Dont ever look back with whatever you did before
but just stay focus and perform well in your final exam paper.
From my part, I will do my very best and the rest is from my rizq..amin~~
Then, hopefully during this semester break empunya diri dapat menghabiskan dan melangsaikan cuti2 malaysia yang ada dengan masa berfaedah.
Insya-Allah rancang untuk mencari kerja..if ada masa dan kelapangan.
if not,i'll be accessible at my home sweet home..
Of course bila dah cuti,adik2 yg lain pn turut cuti time2 akhir tahun ni.
and I hope that I can share this holiday break together with my family members.
esp: my sister yg always love and expert in cooking and baking.amir yang always not at home during holiday break(i'll make sure that my lil bro ni could spend hs time with us kali ni :( ..
Last but not least, terimalah yang terbaru dari queenamalandaz.blogspot.com.
selamat membaca luahan kata dan kisah dari tuan empunya blog :) :)
Sekian,terima kasih :)
Tuesday, September 7, 2010
Selamat Hari Raya
Friday, September 3, 2010
Insya-Allah.
tiada apa yg nak aku coretkan kat sini
daripada mengatakan benda2 yg bagi aku remeh temeh..
ye ke?
urm...
Semalam,
dapat berbuka dengan ex-rommates di PIZZAHUT.
thanks Farhana and Farah.(good combination F2)..
Then,borak2..
ttg life,study etc..
hati aku rasa tenang
bila berjumpa mereka
gelak gelak bersama
mencurahkan rasa hati yang terbuku sekian lama
agaknya aku ni jenis yg menyimpan
tp,when it comes to out of mind punye pemikiran
aku mcm nak burst out the emotions.
Terjadilah suasana
geram,marah etc.
Memang dulu aku rasa
aku yang banyak bersabar(even for some of them,sabar aku ni xcukup utuh)
tapi,ak rasa enough la kot dengan semua ni
aku ada hati
hati aku dah tenat sangat
ntah bila aku nak heal the situation
pn aku tak tahu
aku dah tamat from recovering process atau lg parah "tempoh berkabung"
now, ak mencari arah untuk memandu life ak yg penuh cabaran dan dugaan ni.
Aku tahu aku ni x cukup kuat
tapi xkuat aku
aku dah berjaya yakinkan org sekeliling aku
aku boleh hidup tanpa orang2 yang menganiayai hidup aku
sudah2 lah dengan life tah hape2 tu
aku tak cakap life aku ni perfect but then
berubah lah wahai manusia
jika situasi ini yg terbaik utk kau
kau anggap dia sbg pengajaran dalam hidup
kadang2 pengalaman mematangkan kita
untuk menjadi insan yang lebih baik
muhasabah diri balik
kumpul setiap kekuatan yang ada utk menentang kelemahan diri kita sendiri.
jangan hidup ditakuk yang lama
kerna manusia itu harus maju
maju ke hadapan
Kalau insan2 di sekeliling kita boleh
kenapa tidak kita?
matanglah wahai kamu
Insya-Allah kamu akan lebih disenangi ramai.
berubahlah.
kerna tiada apa yg lebih bermakna daripada sebuah perubahan.
Insya-Allah..
setiap apa yg kita lakukan mendapat keberkatan.
Monday, August 23, 2010
Puas sudah.
masalah personal kah
Thursday, August 19, 2010
Amarah.
Belum sempat nak ku hela kan nafas yang panjang,
ada sahaja panggilan
kutukan
umpatan yang singgah di telinga.
Ya,aku mungkin tidak sedar
dan buat tak tahu itu semua
Tapi,as a normal person
aku pun ada hati
ada perasaan.
mind your own words,adik.
please respect me,Like I respect you before.
Aku dari xnak marah
kau memang buat aku nak marah
dari aku elok2
kau buat tahap kemarahan aku dalam tahap yang kritikal
Kalau dulu aku mmg la senyap
aku buat bodoh jer dengan kau
sekarang
kau terima lah balik
Aku tak pandai mana pn weh
aku ni skema la
anak mak
cengeng..
tapi,tak pandai aku pun
skema aku pn
aku ni anak mak pn
aku ni cengeng pn..
kau ada ke macam aku ada..
nak aku senaraikan semua apa yg kau takda macam aku ada?
tak larat pulak kau nak baca nanti.
So,for those yg terkena api kemarahan aku tu
harap maaf ya
bukan niat dihati ingin melempiaskan kemarahan pada kalian
tapi, mereka seakan tegar dengan ego mereka.
Bak kata hati aku sendiri.
"Akmar,biarkan...budak2 lagi Akmar"..kau pun pernah jadi macam mereka"
aku mcm mereka????
oh nooooooooooooooo...
jauh panggang dari api..
harapan aku hanya...
kamu semua berubah..
sementara peluang masih di depan mata.
itu sahaja yg aku pinta. :(
Sunday, August 15, 2010
Teruskanlah..
Pembuka bicara tinta maya.
Alhamdulillah setelah segalanya aku tempuhi.
Allah telah memberikan anugerah terindah dalam hidup ini.
Iaitu kehidupan yang lebih bermakna
bermakna dengan kehadiran mereka mereka yang sentiasa
menyokong dan menjadi tulang belakang ku selama ini.
Dan padamu Ya Allah
Aku bermohon
agar aku sentiasa di dalam lindungan-Mu
Sentiasa mengingatimu
Tidak leka dan alpa pada keindahan dunia semata
Dan terus dalam mengejar
segala yg belum aku dapatkan
mungkin mustahil
tapi, dengan usaha segalanya
pasti akan ku ukir keindahan yg mustahil itu bakal menjadi kenyataan
Alhamdulillah juga
kerana semua ini
aku masih teruskan kehidupan ini
dengan kata lainnya.
aku teruskan perjalanan ini
dengan azam yan baru
tekad yang jitu
agar yang masih di awang-awangan sentiasa
berlegar di ruang minda
dan teruskanlah wahai Akmar.
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan 2010
Tuesday, August 10, 2010
Langkah Pertama.
Sunday, August 8, 2010
Sayangi Diri sendiri.
syukur ke hadrat ilahi
aku diberi peluang sekali lagi menulis di tinta maya ini
sekali lagi.
Semalam sempat meraikan ulangtahun mak dan abah.
"Happy Belated Anniversary to my parents".
and celebrated my belated b'day also in
Sekinchan Ikan Bakar,Centrum Setiawangsa..
For those yang nak mencuba,aku berpendapat tempat ini terbaik.
Baik dr susun atur tempat,rasa yang okay di tekak aku.
Aku rasa terharu sangat semalam,kerna adik2 pulang.
dan sempat kami meraikan nya bersama.
Tajuk sahaja dah berbunyi "sayangi diri sendiri"..
aku tak tahu kenapa lately ni
aku makin sensitif
makin peka dengan kehendak aku sendiri.
bukan bermakna aku lupakan orang disekeliling aku
tapi,aku rasa.
Cukuplah.
cukuplah aku bertahan.
Aku sudah 22 tahun menerjah onak ranjau
yang aku fikir belum teruji sebelum ini
tapi,bila sekali aku diuji
aku seakan rebah
rebah dek kerna aku tak mampu nak
harungi berseorangan.
Hanya rakan rakan
dan Allah tempat aku mengadu.
aku takbisa nak menceritakan segalanya pada
mak dan abah.
aku lemah
aku lemah kerana aku tak mahu dilihat lemah
dipandangan mata mereka.
Namun,hakikatnya
"mak,abah...kak long dah penat"..
ketahuilah mak ,abah..kak long nak mak abah tahu
kak long dah bahagia dengan kehidupan sekarang
yang di mana kak long lupakan seketika sebelum ini.
Kak long tak mampu nak ceritakan segalanya.
kerna kak long nak mak abah tahu
kak long kuat dipandangan mata kalian
kak long menipu,jika kak long tak bersedih
tapi, sekarang semua tlah terbukti.
Buat rakan2 yang membantu diri ini
hanya doa yang aku titipkan untuk kalian
kalian pembakar semangat aku untuk maju kehadapan
untuk berjaya dunia dan akhirat.
tanpa kalian disisi
mungkin aku rebah
Nurathirah Tarmizy
kau bermakna buat aku
kau sahabat sejati aku
Noorhanisah Khalil
Thanks Nissa.
Allah mempertemukan kita sebelum ini
ada hikmahnya
sehingga kini kita menjadi sahabat sejati.
Kak Fatin Filzah
Akak,Akmar terharu..
akak pembakar semangat,ma..
bila ma jatuh ,ma igt akk
akk..doa akmar mengiringi kejayaan dan kebahagiaan akk.
dan buat kalian yang namanya tiada di atas,
ak mohon maaf.
bukan kalian tidak bermakna buat aku.
tetapi jika ingin ku senaraikan disini..
mungkin belum tentu tamat hingga akhirnya..
Akhir kata,
Semoga Allah dapat membalas jasa kalian
serta doa ku mengiringi kalian.
**aku kini sedang belajar erti "sayangi diri sendiri" dan menghargai diri.
bukan tak sayang sebelum ni
tapi, kekuatan utk menyayangi diri sendiri sebelum ini
belum cukup kuat dan utuh.
Thursday, August 5, 2010
Buat Aku Tersedar
Akhirnya dapat juga
ak melahirkan idea yang "tah apa apa" kat sini.
dan meluahkan apa yg aku rasa.
ya,benar
bukan semua aku nak ceritakan
bukan agenda nak buka pekung di dada.
tapi,ak harus mengerti hati ini perlu di jaga
perlu di cerita utk menjadi pedoman semua
kalau xbanyak,sikit pun jadi.
Sebab jika kita berkongsi
kita sedikit sebanyak meingingati manusia
disekeliling kita
kan ingat mengingati amalan yg terbaik
dan harus diamalkan
nak2 bg kita yg berpegang teguh pada ajaran-Nya.
Baiklah,
topik utama belum lg aku kupas
banyak betul membebel kat atas tadi.
apa yg aku tersedar?
ak tersedar yang mana.
hidup xselalu gembira
ada kala sedih
ada kala gembira
ada kala sunyi
ada kala meriah
dan dengan segala rasa yang ada
aku kuat
kuat sekuat kuat nya
bak kata one of my bestfriends.
"sampai bila nak meratapi kesedihan"
enjoy till d fullest in our life.
"enjoy" dalam konteks yg ak nyatakan tadi
ialah,enjoy dalam bahasa yg mudah nya bersuka ria berpada pada
sebab kalau tak berpada pada tu la jadi Padah dan Parah.
Aku pernah rasa terhina
di maki
di tengking
di herdik
semua tu asam garam dunia
kadang2 aku tak betah utk menyatakan bahawa aku sudah tenat
tenat memendam rasa
tenat menjaga hati dan perasaan manusia lain
dan akhirnya aku kalah dalam permainan rekaan manusia
Alhamdulillah bila aku kutip semangat lalu
semangat ketika aku kuat hati dahulu
semangat untuk bonda dan ayahanda tercinta
aku jadi tegar
tegar untuk segalanya
tegar menyatakan "tak semua manusia itu sempurna"
dan kini aku masih meminta pada-Nya
agar dapat ku kumpulkan lagi kekuatan yang ada
Ya Rabb
jika dulu ak hanyut dengan arus dunia
kau menduga aku
tapi,kini
aku sedar
sedar dan sedar kembali
bahawa aku telah jauh meninggalkanmu Ya Rabb
pandulah aku Ya Rabb
aku tidak mahu menjadi aku yang melupaimu suatu ketika dulu,Ya Rabb.
Monday, August 2, 2010
Terima Kasih Cinta.
Assalamualaikum,semua.
Maybe kedatangan Coretan ak kat blog kali ini agak cynical.
tapi,ingatlah..apa yg ingin ku nyatakan disini.
Kalian sendiri tentukan "benar" dan salahnya"
Mungkin dulu aku diam,ak kurang bersuara.
Kini ak bangkit
Bangkit utk menemukan kebenaran
hak yg harus ak tentukan utk diriku
dan mereka di sekelilingku.
Tak payah nak ku ceritakan semua.
Yang penting kau dah buat separuh hidup ak merana
bukan aku menagih simpati or what so ever.
tapi,ini luahan dari hati nurani seorang wanita.
Ya,benar.
aku kadang2 kalah dengan rasa hati
hati kata mahu mati
tapi,mana mungkin aku hendak mati
aku harus bangun
bangun untuk meneruskan hidup tanpa kau.
sekali lagi,kau .
Mungkin aku pernah buang kau sebelum ini
tapi,ingatlah
sebenci2 aku
semarah2 aku
aku hanya seorang manusia
manusia yang kurang sempurna
bila kurang sempurna
semua jadi haru
bila haru tentu segalanya haru biru
Nak ku nyatakan lagi
Kau kadang2 buat aku sabar separuh daripada apa yg patut aku sabar.
kadang2 aku nak bertindak di luar batasan
tapi aku tahu
siapalah aku nak dibandingkan dengan kau
Kau ada harta
aku ni kurang berada
kau ada segalanya
aku baru nak mulakan pula
tapi,ingatlah Kau
sekali lagi, Kau
Kau ingat aku nak leraikan masalah ini
semudah itu?
kau mesti rasa aku biarkan kau kan?
kau mesti rasa aku sudah ada yang lain kan?
kau silap,wahai arjuna
kau silap
aku bukan murah
maruah aku bukan galang ganti bagi segalanya.
aku ada keluarga
aku ada mak dan abah
aku sayang mereka
aku sayang Kau selepas mereka
tapi,aku dapat apa?
aku dapat "pengantungan"
pengantungan daripada kau
Ingatlah Arjuna
aku mungkin senyap
di mata kau
aku mungkin bisu dan tuli
di hati kau
Tapi,percayalah
aku sehingga kini menunggu
menunggu jawapan utk segalanya
Kalau dulu aku bertahan sebab Kau
sebab Kau di hati Aku suatu masa dulu
Kini Aku akur
Aku akur
yang mana
segalanya tlah berubah
berudah dek naif diri Kau
atau kertelanjuran kau menelaah hati dan rasa hati aku.
Jangan buat onar,wahai arjuna
kelak makan diri Kau
Ingatlah mereka mendoakan kau
mendoakan segalanya buat kau
Kau disini menuju ke jalan yang boleh ku nyatakan "hina"
Sekali lagi,
aku tiada niat nak hebahkan buat semua.
tapi
Aku rasa setakat ini sahaja yg harus ak bertahan
Cukuplah atas segalanya.
Ini sahaja yg aku sempat bertahan
Monday, July 19, 2010
Alhamdulillah.
susah betul lately nak active blogging mcm time2 cuti 2 months dlu.
byk lak nak cter time tu.
now on,apa yg nak di ceritakan ialah:-
hidup makin busy
samaada personal life,study etc.
then,at the same time I wanna be the best businesswomen ever.
baik dunia mahupun akhirat juga.
bukan senang nak balance dua2..
kena pandai merancang.
tapi,segalanya di tangan Allah.
Kita as a makhluk haruslah berusaha,berusaha dan terus berusaha.
ajja fighting.. :) :)
Then, if let say blog personal ni terabai.
anda tahulah kenapa.
bukan sengaja
bukan merajuk hati
merajuk idea.
tp,kerna dek ke sibukan yg melanda .
haruslah diketepikan sebentar nukilan hati yang tak seberapa ini.
Di harapkan.
selepas ini.
saya masih memerlukan tinta maya ini
untuk melakar cerita nukilan hati
sekian,
Akmar Azami
Monday, July 12, 2010
Hari ini
Hari ni banyak perkara yang berlaku.
Alhamdulillah aku laluinya dengan tabah dan sabar.
Sabar dengan kesakitan.
sabar dengan kenyataan
sabar untuk semuanya
Alhamdulillah syukur kehadrat-Nya.
aku dikurniakan keluarga yang sangat penyayang dan memahami
serta rakan rakan yang sentiasa mendampingiku
untuk menitipkan kata kata semangat
untuk aku terus harungi ranjau ini
belum tentu aku mampu hadapinya sendiri
Berkat doa doa kalian aku terus kuat.
kuat dan tegar sehingga ku rasakan
biar ia pergi
pergi dan pergi
Terima segalanya.
kiranya tinta maya ini masih bernyawa,
aku pasti akan menceritakan segala.
segala yang kurasa.
segala yang ku pendam.
Tapi,aku akur.
aku hanya manusia biasa.
manusia biasa yang tegar dengan kehendak manusia.
Tapi,
aku tahu.
aku hanya perlu kuat
kuat sementara dan selamanya untuk ini.
untuk rasa yang kurasa.
rasa yang telah hadir sekian lama.
Biarkan ia berlalu
berlalu seperti angin yang menderu
memderu untuk ku lepaskan segalanya
dan aku harus terima untuk segalanya......
Tuesday, July 6, 2010
Syukran.Alhamdulillah.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat-Nya.Aku masih disini.masih berdiri teguh dengan sisa sisa kekuatan yang ada.
Sudah seminggu blog ni bersawang.
apakan daya ,dengan kekangan masa
aku jadi lupa seketika dengan dunia penulisan maya .
kadang kala sukar untuk aku tafsirkan "erti kesibukan"
kerna,apa yang aku lakukan sebelum ini belum tentu boleh di label sebagai kesibukan.
Ya,
aku rindu kampung halaman
aku rindu arwah tok dan pah.
aku pulang bersama buah hati pengarang jantung ku ;mak ,abah
ke Terengganu.
Kami sempat berada disana.
menghabiskan sisa cuti semester ku minggu lepas.
berjumpa saudara mara
yang kian jauh di mata
namun aku tahu kalian tetap dihatiku.
Kemudian usai kami di Terengganu
Anis yang baru sahaja ber gelar mahasiswi
memberitahuku bahwa dia perlu segera pulang ke rumah
Aku seperti biasa, senyum sambil gembira di dalam hati
akhirnya adikku pulang juga
pengubat rindu dikala aku sunyi
bergaduh manja sebahagian daripada rencah adik beradik
tiada Anis,tiada Amir sunyi rumah ini.
haruslah aku merindui kalian.
Pulanglah Anis ke puncak menara gading impian
aku berseorangan lagi tanpa Anis dan Amir
tapi,aku tahu aku masih kuat untuk menahan rinduku pada mereka berdua
kadang kala aku menangis
puas dipujuk hati ini
agar sabar dengan ketiadaan kalian berdua
tapi,kakakmu ini hanya mampu berdoa agar kamu berdua
jangan hampakan mak abah berserta kakakmu ini,
adikku Anis,
Kamu Bijak
belajarlah rajin2.jangan jadi mcm kak long
menyesal di kemudian hari gara gara ikutkan hati yang mahu mencuba
tapi,kak long bangkit Anis.
Bangkit untuk mengejar impian Kak Long
yang pasti semua nya sudah tersedia buat kita tiga beradik di masa hadapan.
Amir,
Walaupun kau jauh dari kami sekeluarga.
kami tahu,kau telah kuat dan berjaya di sana.
Belajar bersungguh2 Amir.
Inilah harta yang kita ada.
Jangan sia sia kan harapan kami di sini.
Kau hebat dari kakakkmu ini
antara yang terbaik.
jadi,jangan hampakan kak long.
Bait bait itu aku selalu menerjah di ruang mindaku sewaktu mendoakan kalian ,Anis dan Amir
Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih punyai keluarga yang bahagia,
sahabat yang masihbergelar sahabat
kawan yang terbaik
teman yang sering membantu
Aku bersyukur Ya Allah.
Jika aku tersungkur lagi,berikan aku kekuatan Ya Allah.
Aku sudah puas bersedih
mengenang dosa dosa silam
Adakah ini kifarah buatku
jika "ya"..aku terima seadanya Ya Allah
Jika tidak aku harus berdiri lagi
ber muhasabah lagi.
"kuatkan semangat kau Akmar".
Wednesday, June 30, 2010
Luahan Perasaan yang Kelam.
blog individual ni mcm dah terpinggir sekejap.
stlah ada blog biz yg terbaru.
kalau nak tahu apa blog biz br saya boleh la jenguk ke:
http://qlbeauty.blogspot.com ..
then,berbalik kepada topik utama.
lately,terasa mcm hati ini suka men "download" lagu2 yg jiwang2.
yang berkenaan hati dan perasaan.
sambil2 tu bukak website lirik dan menyanyi dalam hati (gile ape,ak nak nyanyi kuat2..segan dowh)..hik3..
Kenapa perasaan saya kelam?
mungkin saya dah banyak lupa pada DIA.
mungkin saya alpa dengan keindahan duniawi.
sebab itu DIA bg saya peringatan agar sentiasa menjejaki DIA.
Terima Kasih Ya Allah.
Aku terima jika takdir ini buatku.
Aku terima sepenuh hatiku,Ya Allah :)
Tuesday, June 29, 2010
Sebahagian Aku.
Semua yg dirancang berjalan lancar.
Harap2 nya tiada sebarang masalah yang menghampiri.
terima kasih daun keladi buat Atie.
Kalau diizinkan Nya aku mahu balas segala jasa yang penah ditabur oleh org buatku.
tp,aku hanya manusia yang lemah.
hanya doaku yg qudus mengiringi kehidupan org2 yang pernah berjasa disisiku.
Mungkin aku tak betah mengharungi arus dunia ini
apatah lagi di akhirat sana.
tapi,mana mungkin aku berakhir disini.
aku perlu teruskan semuanya.
biar ini semua jadi pengalaman serta momen paling berharga selamanya
Hingga aku tahu menghargai manusia
mensyukuri nikmat mu Ya Rabb
Friday, June 25, 2010
Contest Cabutan Bertuah.
Akhirnya saya tergerak hati nak join contest ke3 iaitu
Contest cabutan bertuah dari bloggers FarhanRazak.
mana tahu berbekalkan rezeki yang diberikan oleh-Nya,saya bakal memenangi wang tunai ini.
Insya-Allah.
And for those yang nak join boleh la ke blog Farhan Razak . Atau klik pada banner link cabutan bertuah pada side bar blog saya ni.Selamat mencuba. :) :)
Thursday, June 24, 2010
Gigi ngilu dan jatuh akhirnya.
Today xde apa yang menarik.
activity for today is going to hospital for scaling and filling.
pengalaman yang tak boleh nak lupakan
b'coz ter sangat sangatlah ngilu.
'akma sorry ya,saya buat ni nanti awk ngilu"..( dr .khairun)
ya Allah ak pikir ngilu biasa2 ..(bcoz before diz pernah la scaling and filling gg)
yang ni punya dasyat giler.
sampai ak gi geget tube tu.
ngilu punye pasal.
Then,ak doa2 sama spy cepatlah sikit habis.
sbb lama jugak ak kat dalam klinik tu.
After that.balik and pergi selayang mall.
makan2 and buy new spectacles.
huhuhu..almost 3years setia dengan spec yang sama.
so,dengan rasa xserba salah melangkah ke England Optical dengan adik tersayang.
kesian amoi tuh layan ak.
"u angkat inilah,sesuai dengan muka u"
aiya moi.saya xsuka half frame la(mau nya ak xsuka,3tahun dok pakai design yg sama).
yang baru ni punya spec ak amik full frame.
Alhamdulillah power xnaik sgt.just silau jer almost 100 naik.
adess.tu la dok ngadap pc nie.mano xsilau mate den.isk isk isk
Next destination.pulang ke rumah.
boleh la pulak sampai depan pintu.
tah camne ak jatuh.
bak kate adikku
"tulah kau,ngumpat org dalam hati"
ampagas tol mano ado.
bilo maso ak ngumpat org ??
adess.
moral of the story masuk tu langkah kaki kanan yer,anak2.. hik2
Wednesday, June 23, 2010
Makeover Contest

Foe those yang baca my post dekat Fb.This is another thing yang i nak buat utk promote myself and Aleeya's Touch.
At 1st,terfikir jugak pro and cons by joining this contest.
but then,tak salahkan mencuba.The terms and conditions pun not too strict.
and it is available for the girls only!~
and for those yang berminat bolehla ke
fb group Aleeya's touch.
mari kita meramaikan contestant dekat group ini :) :)
Gula Gula Kapas


Apakah?
kenapakah tajuk n3 ni begitu manis.
xde manis selain gula gula kapas
yup2.
1st introduced by my father.
its known as "gulale".
ak pn kalau pergi pasar malam kat rumah
skit2 nak gulale gulale
sebab gulale ni sedap
manis
xpayah makan bende lain dah.
itu zaman kanak2 ribena boleh lah
skrg zaman dewasa
aku keep on melantak bende ni
memang kalori naik la kan.
dengan manisnye
kalau aku xmenjaga dengan senang lenangnya
aku boleh dapat diabetes.
*gulp*.
takotttttttt.
so,nak makan boleh.
tp,sikit je lah and xkerap.
before that,
nak share pictures gulale yg sedap and manis2 nie..
jom2
Tuesday, June 22, 2010
Jantung adikku.
Alhamdulillah.
Anis(my younger sis dapat twrn degree at UiTM)
and got another 8 semester to complete her studies.
and today jugak kitaorg gi lah clinic utk medical check up.
kebetulan terjumpa my ex-schoolmates dkt klinik berkenaan.
die kerja dekat situ sementara nak naik cuti sem.
so,after medical check up,
kene gi x-ray.
alangkah terkojutnya.
mcm ada something dekat jantung my sister.
*gulp*
apakah?
abg yg wat xray tuh soal siasat adikku itu dengan penuh perasaan
aku pun cuakness tak terhingga.
last2,
abg tuh cakap
"adik gi turun bawah,jumpa dr ya"
ok la,kitaorg pun pergi.
nak tahu apa jawapan dr tuh..
jeng jeng jeng..*surprise*
ni perut awak,
mcm banyak gas.
awk tak makan ke before datang..
lorghhh,gas rupanya .
ku ingat apakah td.
cuak betul la abg ni.(abg dekat tmpt xray tu)
hmm,alkisahnya gas.
aku hengat apa lah td..
so,moral of the story,makan dahulu before nak buat medical check up..kui3
Monday, June 21, 2010
Tekak Menjerit.
Hoh?apekah?
tekak menjerit?
dat's mean my throat is not feeling well,bebeh..
since balik dr perform umrah.
seriously,it become worst.
dah tak tahu nak makan ubat apa lg.
nak makan pn macam xsedap dah.
so,aku google la td..
the best and fast cure form sore throat is
gargle salt water..
wehh..xpenah ak buat mase sore throat gargle salt water..
biase telan ubat Breacol dah cure.
ni Breacol pon dah ilek dr peti ais.
amek ubat batuk cap ibu & anak pn xlut.
air zam2 pn xhabis jugak.
so,ak kene try this new medication for sore throat yg belum ak cuba.
Insya-Allah ak harap sgt lah menjadi :) :)
credit to: http://www.ehow.com/way_5206224_sore-throat-cures-salt-water.html
Sunday, June 20, 2010
Siapa Rasa Dia Betul versi Si Muda
Alkisah bermula cerita hikayat
antara Si Muda dan Si Tua.
yang Si Muda dengan ego nya.
Si Tua pula selalu berasa dia yang betul.
Maka berlakulah episod " siapa rasa dia betul".
Si Muda tadi amatlah hangen dengan kerenah
Si Tua xcukup inci ni tadi.
Boleh pulak kan dah dapat seat,
panggil la satu family besar duduk di seat yang sama.
sok sek sok sek.
"eh ko panggil mak cik ko duk sini",eh ko pegi duk atas la.
flight ni free seat.
Si Muda dengan angkuhnya berkata "pakcik duduk ajelah,flight ni free seat"..
amek kau.
bukan apa.Si Muda tadi hangen sejak awal utk menduduki seat nya.
dengan kejadian Si Tua memijak kain nya.
Kejadian Si Tua pegang seat depan sampai terkena kepala emak Si Muda ni tadi.
Alangkah hangen mak Si Muda tadi hingga berpaling ke arah Si Tua tak cukup inci tadi.
macam mana Si Muda tak hangen macam ni??
Kau duduk diam2 sudah.
flight ni free seat.
tak paham bahasa apa?
bape kali travel,pakcik?(bukan nak berlagak,atleast paham arahan laa)
akhirnya,sampai juga ke destinasi yang dituju.
xkeluar lagi dari perut kapal terbang.
*tuuut tuuut* (telefon Si Tua tadi berbunyi)
sok sek sok sek
"haa ak dah sampai ni,flight penuh la.
sana cuaca panas,tapi syukur lah dah sampai sini
itu pun ada jugak yg tak bersyukur"..
*gulp*
apakah Si Tua ini cakap?
perli aku kah?
atau orang lain kah?
tapi yang penting,Si Tua cukup buat Si Muda tercabar.
nasib baik saya berhati perut pakcik
mak ayah saya xpernah ajar saya kurang ajar dengan org tua.
tapi,pakcik lebih.
so,saya nak bgtahu.
"terima kasih atas momen atas kapal tempoh hari"
Friday, June 18, 2010
Cara diet yang berkesan
badan sendiri dah mcm dipam2.
seriously..
and ak tengah on going process to work it out.
tension tau.
byk perkara yg akan berlaku if ak xjaga badan.
1st.kesihatan terjejas
2.for sure,jangan harap la nak bergaya2 time raya ni.
3.mangsa buah mulut org (walhal,ak xkesah pn).
paling ak kesah no 1 tuh..
giler lah..
so,kat bawah ni..ada a few tips for all of u to be followed and as a reminder for me:
1)Makan byk sayur-sayuran and buah- buahan.(tp,for buah-buahan yg berwarna cerah it contains a lot of sugar)..so pandai2 pilih ya..
2)kunyah perlahan-lahan.spy cepat kenyang.
3)before makan,minum air terlbih dahulu spy cepat kenyang and jangan makan bersulam air.sangat tak elok for digestion.
4) Makan berpandukan piramid makanan..ambil yang perlu sahaja.dan nilai kalori yang berlebihan mempengaruhi berat bdan seseorang.
5) BERSENAM.Amat penting!!!. buat bangkit tubi,senaman aerobik,berjalan2,naik tangga.janji keluar peluh and cergas...30 minit setiap sesi,3kali seminggu.(nak lagi best search kat youtube exercise2 yg best2..
p/s: sumber2 tips diambil dr majalah dan info di website.
Thursday, June 17, 2010
Perjalanan seorang hamba
selesai sudah semuanya
perjalanan yang sejauh beribu batu telah aku redahi.
moga2 amalan serta doa ku diterima Allah.
Banyak yang telah aku tempuhi selama di tanah suci.
Berat untuk aku coretkan disini.
tapi hanya aku mampu bersyukur.
kerna semua itu datang daripada Allah.
hanya Allah yang bisa mentafsirkan segala yang tersirat
dan aku yang tidak mampu diduga .
Kadang2 aku terfikir hikmah disebalik semua ini berlaku
tapi,hanya perkataan ini yang hadir 'alhamdulillah".
besar sungguh nikmatmu Ya Allah.
insya-Allah akan ku lakarkan pengalaman serta momen indah ini
didalam ingatan ku yang pasti segar hingga ke akhirnya.
Saturday, June 5, 2010
Beratnyer Blog
huhuhu..bukan berat badan tapi berat blog..
jom2..
kat http://www.iwebtool.com/speed_test
kalau dah berat sgt tuh.
buang2 la widget kat side bar..
cam jam,kalendar,pic or ape2.
supaya mudah viewers nak blogwlaking n usya blog anda.
okaylah.
saya mahu tidur dulu :)
p/s: Esok saya and family berangkat mengerjakan umrah ke
Makkah Tanah Suci.Doakan perjalanan kami,ya :) :)
Thursday, June 3, 2010
LBS di KLCC
Today.
Bangkit dr tidur terus siap2 cuz dah set nak hang out dengan cik farah.
sampai kat tren gombak,parking full.
dengan selambe ak park kat area flat berhampiran..
adess.
Then,sampai kat destinasi yang dituju iaitu KLCC.
kitaorg mencuci mata dekat Parkson.walaweh.. sale bangetttt!!~. tolongggg..
time2 camni la poket kering kan.. hurmm..takpela..jimat2 akma.. :) :)
pukul 2.00ptg venue: TGV KLCC,SEAT E13 &E14.(agak depan kot!~)
ramai yg reserve seat awal2 aku reserve smlm.
so,dapat yg tu jelah. my rate for this film is 3stars.
reason: anda semua kene tonton dulu and nilai sendiri. bagi saya
filem ini harus digali lagi dari segi mutu lakonan dan skrip.
mujur dengan gandingan para pelakon yang diminati ramai
menjadikan mutu filem tersebut dipandang ramai
dan tidak terkecuali runut bunyi filem tersebut yang didendangkan oleh fili.
sedap didengar. tahniah buat para pelakon yang hebat. :) :)
Contest utk yg PHOTOGENICS.

pic neh,saya snap before kelas bermula..xsilap kelas intro to business with Miss Su.
sempat lagi kan??huhu..time2 xde classmates lah br boley sakan snap pictures ala2 photogenic ni..
kalau x,memang xdela kan...huhuhuhu
Then,perkara yang paling saya minat ttg pic ni adalah part senyuman saya.
bukan apa..
dulu saya susah sangat nk senyum tau!!~
org label saya as a fierce person masa zaman sekolah.
duhhh~~
but,now..saya dah berani utk memberi senyumann..
:) :)
senyum tu kan sedekah.
then,saya suka pipi saya yg ala2 chubby tuh.(memang pown!~)
one thing,muka saya cepat reddish during afternoon.
then,bila dah sampai kat destinasi yg dituju.
xpayah saya susah payah nak pakai blusher ke ape ke.
(jimat duit disitu!ahaks)~
enuff,akmar..enuff..huhu..
okaylah..now,saya nak tag org2 yg patot join contest ni:-
1)Amirah Azmy
2)A.A
3)Syamimy Marizd
4)Intan Nurul Fateha
5)Zack Zukhairi
Wednesday, June 2, 2010
Jauh aku pergi.
tapi..manusia tetap manusia.
hanyut dengan kealpaan dunia.
hanyut dengan kemewahan sementara.
tapi,aku telah menjadi sebahagian dari itu.
sebahagian yang lupa diri.lupa di mana aku bermula
dimana aku berpijak
tapi,aku mungkin betah meninggalkan kenangan.
kenangan yang membuatkan aku tegar sehingga kini
tegar dengan kesabaran manusia.
mungkin inilah kifarah padaku.aku terima ya-rabb.
aku bersyukur.
jika ini yang menguatkan aku untuk berdiri teguh.
tanpa menoleh lagi..
teman,rakan,shabat.aku rindu kamu yang dulu.
kamu yang sama2 berjanji seia sekata
sehati sejiwa.
aku tahu itu rencana yang lalu
tapi bisa mungkin kita kembalikan ia semula.
aku pinta agar semua ini hanya sementara
atau hanya aku yang masih bermimpi.
ya allah kembalikanlah aku pada jalanmu.
Tuesday, June 1, 2010
nasi goreng masin.
it just took another 2 days to complete my "puasa ganti".
alkisahnya,semalam sahur.
dengan xsiap apa2 before masuk tidur.
pukul 4.30 pagi bangkit dari tidur.
terus ke dapur.
memang hajat nak masak2.
masak apa?
masak nasik goreng jer..
simple jer.
and its enough la sepanjang hari berpuasa.
*kletuk kletang* bunyi sudip di kuali.
tumbuk cili,bawang putih,bawang merah.
tumis and add some tomato sauce and segala sayur and fish cakes.
then,nasi.
huh..tetibe aku rasa mcm semacam.
aku bubuh la gula sikit.n garam pn sket jer(sure sgt!~)
|
|
|
|
|
mcm kilang tumpah garam jer aku rase.
aku tambah tomato sos lg..
alhamdullilah.kurang la skit rasa masin.
fyi: aku dlu ada habit ske makan makanan tinggi kandungan garam.. be it ikan masin,telur asin etc..then,bubuh black pepper byk2 kat makanan yg xde rase..giler kot..smp skrg..
and alhamdullilah aku dah reduce kan.
mahu tak nya nanti aku kene darah tinggi xpasal2..
hohoh..
aku masih sayangkan diriku lagi..
Monday, May 31, 2010
Doakan semuanya dalam lindungan Allah s.w.t.
mengatakan kapal lifelineforgaza telah dirampas oleh Israel.
Aku pada mulanya tegar dengan saranan si pengirim sms,tiba2 rasa sesuatu.
aku usai solat zuhur dengan mendoakan keselamatan manusia2 yang tidak berdosa didalam kapal lifeline for gaza.
Dulu semasa di alam Matrikulasi,
ak disogok dengan pelbagai agenda Israel.
kempen sana,kempen sini.
aku kurang arif perihal dunia ketika itu..
Masih bertatih mengenali siapa benar,siapa salah.
siapa kawan,siapa lawan.
Namun,terima kasih kuucapkan kepada dia,
kepada laman social fbook,aljazeera,cnn,bbc network diatas segala berita terkini
Aku mendoakan agar mereka semua didalam lindungan Allah S.w.t.
wahai teman,wahai rakan..
Islam kian ditindas.
maruah kita sering dicabar.
Hak kita juga dicalar.
Bangkitlah kita!!
Sunday, May 30, 2010
jalan jalan cari pasal
dapat hang out dengan bestfriends,
best buddies apa lg ya?
hahaha..
kitaorg hang out pun sebab ada kenduri one of our schoolmates.
then,after da kitaorg jalan-jalan cari pasal.
dah lama x hang out dengan memakai baju kurung.
seb bek x ketara sgt,sebab semalam ramai gak layg pakai baju kurung bila sampai kat tempat yg dituju.maybe,semalam ramai kot org buat kenduri.huhuhu
tempat yg dituju yang pertama adalah selayang mall.
Tujuan asal kami semua nak malalak di karaoke.tetapimemandangkan harga yg amat mencekik darah,kami meneruskan
pengembaraan ke Wangsa Walk,Wangsa Maju.
pengembaraan kami disertai oleh aku,atie,junie n mira (satu kereta) and nissa and ilia (satu kereta)..
sampai2 di wangsa walk.memang hujan tak menunjukkan tanda2 utk reda
..sampai kami terpaksa redah.nak karok punye hal..
bile dah dapat redah,misi kami ialah untuk mencari rakan kitaorg nissa and ilia.
huh,punye la tawaf satu wangsa walk..last2 kitaog separate.and tak jadi berkaraoke dan akhirnya berakhir di sebuah kedai makan berhampiran dan nissa dan ilia balik awal..huhuhuhu.
haaa,lupe nak cakap.atie and junie teruja jumpe shahir af8.
aku and mira melangok kat tepi jer..
bak kate ak,'shahir je pun" !~ (jgn marah fans shahir..hehehe)
lastly,mmg sangat2 enjoy la hang out diz time.
pasni tah bile la bley jumpe lg..
rayo lah kot ..huhu
Wednesday, May 26, 2010
shahir..
shahir ni shahir yg org tengah dok cakap2 skrg..
die hensem,tinggi lagi dr aku..
btw,diz year ak dah naik lemau with AF..
dah masuk season lapan..
bagi ak enough la kot.
sampai kat fb pn de group
1,000,000 peoples hate AKADEMI FANTASIA
giler bai..seb bek ak xjoin..hahahaha.but then,few of lagu2 utk contestant Af diz time hebat2 la..
tgk la sape yg buat lagu tu kan..
ak tabik spring kat lagu shahir,adira and maulana.
itu jelah yg ak sgt layan..
d rest xkot..
hurm,xlame lg astro nak de programme imam muda.
agak2 setanding Af x?
ade follower hebat2 macam Af yang dah bertahan lama tu x?
btw,this kind of programme lah yg kite should follow ..ilmiah sikit.
balik2 pertandingan menyanyi jer..
harap2..diz time bykkan lah lg programme2 bermanfaat..
bukan utk kita jer..but,then future generation jugak..
Tuesday, May 25, 2010
boredom.
1st,sebab xde idea,second malas tahap dewa.
(tgk..nak type pn pemalas..) ya,allah..
erm..sepanjang cuti sem ni xde ape yg menarik yg aku lakukan.
hang out,tv,on9,makan...waaaaaaaaaaaaa..itu jeh.
dulu nak keje malas.
skrg bosan lah aku sorang2..
hmmm..
tak saba
and my cuzzy nak mai.
then,next week travel..wohoooooo..
ape lg ek??
as usual lah kan dah bercuti sem ni
selain fb-ing ak jugak sempat blogwalking.
best plak bace entry2 bloggers ni.
ade tuh sampai ak gelak2 pagi2 bute..
sbb kelakar sgt kan.yelah,nak dibandingkan blog ak nih ..ape la sangat..hohoho
tu jelah kot..
hohoho
daa..
Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru
Buat Cikgu2 dan lecturer2 yang byk berjasa ,jasa kalian akan ku kenang sehingga ke akhir hayat.
Standard3: Cikgu Azizah (Kelas 3 Raya)
standard 4: Cikgu Rizwatul Azlina (Kelas 4 Ikhlas)
standard 5: Cikgu Rozita(Kelas 5 Yakin)
standard 6 : Cikgu Norizan Hussein (Kelas 6ikhlas)
FORM 1: cikgu norhafizah (kelas 1b1)
FORM 2: cikgu suhaila (kelas 2a4)
FORM 3 :cikgu Shazlin (kelas 3a4)
FORM 4 & 5 ST3: still cikgu Shazlin
dan juga buat para pensyarah yang banyak membantu aku,
terima kasih ku ucapkan..
budi dan jasa kalian mengajar ak seribu erti kecekalan dalam mengharungi liku2 hidup.
terima kasih.. :)
Thursday, May 13, 2010
Balik kampung.
9 Mei
lepas bertolak ke Terengganu.
Melawat tok dan To'ki.
sampai di kg dalam pukul 7++.Usai mandi dan solat
ak lepak2 depan tv layan astro.(xde apa nak buat kan)
so,lepas habis tgk tv,ak masuk tidur.sebab abah cakap esk nya banyak aktiviti.
memang pn..
10 Mei,
kitaorg melawat ke serata rumah sedara mara sebelah abah..
best ...sebab dapat jumpa dorang semua.
yerlah ,biase jumpe time raya jer.around 11.30 p.m br sampai kg.
11Mei,
aktiviti bersambung ke Kedai Pasar Payang,Masjid Kristal,Pantai Batu Burok
and rumah cousins yg seterusnya.
then,ak find out ak reti ajar budak2 la...
ala,senang je kot math standard 2.ajar spupu ak time tu..
12Mei,
Pulang ke KL pukul 11 ++ pg..
singgah kat rumah m.ngoh kat kuantan.
tgk baby my cousins.dan setiba nye kami di KL jam 9++ mlm.(itulah aktiviti kami semua sepanjang berada di Terengganu)..
as usual,snap2 pictures..