Sunday, October 24, 2010

Ketika Itu..

Suasana sekeliling seakan memahami
kehendak hati
hati yang mahu lari
lari dari semua
Tapi, aku kuatkan lagi langkah ini
untuk segala yang belum ku hadapi

Ketika itu
aku sibuk dengan urusan dunia
sibuk yang seakan menjengah ruang rasa
kadang kala melupakan seketika DIA
Astaghfirullah...

Ketika itu
aku leka dengan hal si dia
si dia yang aku puja
namun hati tak pernah menolak rasa
rasa yang seakan mengatakan "sampai bila hubungan kita"?

Ketika itu
aku sepi
sepi yang seakan menujah dalam hati
hati seakan berkata
carilah DIA..
DIA maha mendengar
Lalu aku ikutkan rasa...
aku teruskan pencarian dalam mencari DIA..
Ya rabb.


*Buat rakan-rakan seperjuangan sekalian, terima kasih
kerana sentiasa ada bersama diri ini dan juga buat anda yang
bakal menduduki alam imtihan bermula esok, selamat maju jaya diucapkan
doa,usaha dan tawakkal ubat paling mujarab.

Sunday, October 17, 2010

Pergi Jauh Rasa Itu..

Setelah jauh aku tinggalkan rasa itu
Ia seakan kembali menerjah ruang minda ku.
aku biarkan dan ku leraikan segala rasa itu
agar aku tahu makna sebenar ketabahan
tetapi.......

Allah itu maha adil
DIA datangkan dugaan
untuk menguji aku dan umat yang lain
agar kami semua mengerti makna sebenar kehidupan

Terkadang aku leka dengan dunia
memikirkan tentang masa depan dan nikmat sebenar hidup
tapi...aku akur
akur dengan kehendak yang Maha Esa
untuk terus sabar dengan dugaan ini.

Ingin aku buang segala memori duka itu
tapi aku jahil
aku tahu aku kurang arif tentang segalanya
mungking bila aku biarkan rasa itu pergi
mungkin aku akan kuat

Wednesday, October 13, 2010

Kuatkan hatiku Ya Allah..

Salam ukhuwah buat semua.
Alhamdulillah.tak lama lg aku nak hadapi final examination yang berbaki lagi 11 hari menurut perkiraan hari ini.


Ya Allah terasa pantas benar masa berlalu
dengan apa yang aku alami sebelum dan sekarang
seakan mengajar aku untuk terus kuat dalam menghadapi segala dugaan hidup.
Dari pelbagai bentuk masalah akhirnya aku rasa telah cukup kuat seketika ini
Mungkin esok aku diuji lagi
atau mungkin tulat
lusa..
ahhhhhh....aku benci semua itu
aku benci mereka yang mengkucar kacirkan hidup aku
kadang2 aku rasa mahu lari dari semua masalah yang berlaku
tapi,sebagai manusia yang bepegang pada ajaran-Nya, aku harus terus kukuh di belakang tembok sabar itu.
aku kutip serpihan duka dan lara supaya mengubati rasa yang membenam di dada.


Mungkin aku alpa
aku ada Allah untuk aku mengadu
Aku ada keluarga untuk di beritahu tentang keadaanku
Aku ada kawan,sahabat dan juga teman untuk aku meneruskan sisa-sisa yang mencorakkan hidup aku sekarang......

Ya Rabb,
Kalau aku tersungkur lagi
berilah aku petunjukmu
jika aku ter alpa dengan dunia
berilah peringatan pada ku
ada ego yang seakan menebal didalam jiwaku
untuk aku terus berusaha menentang musuh jiwa
iaitu duka.

Kuatkan hati aku,Ya Allah..

Sunday, October 10, 2010

The Way Of My life.

Syukur Alhamdulillah.
Akhirnya dah separuh selesai satu paper core subject for this semester.
kenapa separuh??
huhu.sebab another folllowing week will be the tough week ever for me and others to struggle in the final examination...

Then,
rindu nak ber blogging yg telah diperam selama beberapa hari.
nak tulis apa pn xtahu ni.
last week is the bad week ever because im having a bad diarrohea(betul ke x,eja..xtau la)
or what we called it as "cirit-birit"..

Yesterday the doctor asked me " why u dont go to the clinic after having a bad diarrohea"?
As usual and cliche answer from me" takde masa lah doc,saya balik rumah pun dah lewat".
after a few minutes the doctor advice me and give me some medication.
igt after makan ubat terus baik.
diaaaaaaaaaa jadiiiiiiiii lagiiiiiiiiii...
sangat tension okay.
sbb banyak feberet food telah di kuarantinkan dr memasuki dalam perut ku ni..

apakan daya..
nafsu makan mengatasi segalanya..
daku xkira.
bedal tetap bedal..
tp,bila malam..."padan muka kat diri sendiri".
sambil study.sambil menahan sakit.
ubat tetap ambil.
to reduce the pain and heal the diarrohea.

hurm,,what else ya?
haaaaaaaaa...tiba2 teringat dekat majlis yang berlansung for today..
i drive here and there..
almost some of the places ada event kenduri kahwin.
10.10.2010 (what a great number!!).
and tak lupa to our Malaysian Austranout "Dr.Sheikh Muszaphar and Dr.Harlina" yang melansungkan perkahwinan hari ini..
Congratulations to both of them.
Semoga kekal hingga ke anak cucu.

Sometimes I'm wondering..
when is my day?
who's my life partner yang sanggup sama2 redah susah senang.
and siapa,apa,kenapa,bagaimana percaturan hidup seorang wanita bernama "AMIRUL AKMAR"..
tiada siapa yang tahu.
hanya diri ini yang mampu berdoa dan merancang
tapi,hanya ALLAH yang menentukan.

Sama-sama kita berdoa agar satu hari nanti our way of life
is full with bed of roses and at the same time get blessesd from Allah S.w.t.
Amin~~~ :) :) :)

p/s: Tuan blogger nak share kaifiat selawat fatin,instead of recite this selawat after Solat,Insya-Allah kita terpelihara daripada dosa kecil,diberi ketenangan jiwa,dipermudahkan untuk mendapat jodoh serta terpelihara daripada azab api neraka..so,sama2lah kita mengamalkan selawat fatih ini.. :)

Thursday, October 7, 2010

Mula kembali,akhirnya.

Salam buat semua.

Akhirnya,and at last i will says "Alhamdulillah"
for the new look of my blog.
lepas dah make up sana,godek sana,download itu ini.
Inilah yang terbaru sekali dari empunya blog ini.

Tiada apa yang ingin di ceritakan sepanjang minggu ni.
melainkan Ujian,Test dan Exam fever is AROUND D CORNER.
for those who seat for the final examination by next week onwards.
I wish to all of you,best of luck and All The Best.
Dont ever look back with whatever you did before
but just stay focus and perform well in your final exam paper.
From my part, I will do my very best and the rest is from my rizq..amin~~

Then, hopefully during this semester break empunya diri dapat menghabiskan dan melangsaikan cuti2 malaysia yang ada dengan masa berfaedah.
Insya-Allah rancang untuk mencari kerja..if ada masa dan kelapangan.
if not,i'll be accessible at my home sweet home..
Of course bila dah cuti,adik2 yg lain pn turut cuti time2 akhir tahun ni.
and I hope that I can share this holiday break together with my family members.
esp: my sister yg always love and expert in cooking and baking.amir yang always not at home during holiday break(i'll make sure that my lil bro ni could spend hs time with us kali ni :( ..

Last but not least, terimalah yang terbaru dari queenamalandaz.blogspot.com.
selamat membaca luahan kata dan kisah dari tuan empunya blog :) :)
Sekian,terima kasih :)