Friday, December 2, 2011

Rezeki dan jodoh

Uhuk2...lama dah x membebel kat blog ni...
about few months ago jugak.
so now....nak start balik blogging :)

All in all tajuk post this time agak cliche...
REZEKI dan JODOH?!

Alhamdulillah,so far saya sudah bertemu dengan apa yg saya mahu
&dengan apa yg saya impikan

Cuma utk merealisasikan
saya perlu berkorban sedikit rasa.
tapi saya tahu,rasa itu yang bakal membawa saya menjadi seseorang yang
bakal kenal erti tidak putus asa..

Insya-Allah..amin~


p/s: For those who are interested to have a HEALTHY LIFE AND AT THE SAME TIME EARN EXTRA INCOME...DO COME TO BERJAYA TIMES SQUARE,KL (LEVEL 14)... SUNDAY, 4TH DEC ...SEE YOU THERE...

Sunday, June 19, 2011

Sekarang ni mood menulis blog dah kelaut..


Assalamualaikum everyone..
hopefully my blog readers will be in a pink of health..
i am really2 sorry for the late entry...
After my last entry, I was selected as a facilitator for induction new intake students at my college.
After all, now i'm in semester 4..
so far life in the new semester quite challenging..
hopefully, i can go through this semester very well...

I'm also quite busy managing my study and class project..
for this semester our class will be held an event which is a motivational talk..
right now, everyone in my class are quite busy in order to make this event memorable and running smoothly.

I do hope,after this I can keep on writing my entry
and share my latest updates in my page...
tata everyone..

Wassalam

Thursday, May 12, 2011

suka lirik lagu ni!

Dalam sepi
Engkau datang
Beri ku kekuatan
‘tuk bertahan

Kau percaya
Aku ada
Kau yang aku inginkan
Selamanya

Reff:
Kau adalah hatiku
Kau belahan jiwaku
Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati

Di hidupku yang tak sempurna
Kau adalah hal terindah yang ku punya

Back to Reff: 3x

Seperti itu ku mencintamu
Sampai mati

artist:UTOPIA

TITLE:MENCINTAIMU SAMPAI MATI




Monday, May 9, 2011

1 vs 1



Hari ni bosan..
as usual,bangun pagi
bukak tv
masak masak
sejam dua jam
lepas tu on9
pun bosan...

another 21 days to go..
lama lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
30/5 cepatlahhhh...
lagi xbuat apa-apa..
macam-macam kat kepala ni duk fikir..

1 vs 1?
ntah...aku pun tak tau apa tajuk yg sesuai untuk entri hari ni
penat dah nak fikir.
penah tak korang rasa mcm mana berperang dengan perasaan sendiri?

before this,aku pernah dalam situasi tu
tapi itu dulu la
Alhamdulillah semuanya running smoothly..
maybe Allah m'dengar doa aku

kadang kadang aku rasa aku perlu ruang untuk diri aku sendiri
perlu kebebasan untuk diri aku
and semua tu aku dah dapat sekarang

and aku pun happy :)

Sunday, May 8, 2011

Life must goes on..



Aku masih ingat bait bait kata
teman teman buat aku
"AA yang saya kenal kuat dan tabah"
"aku tak tahu nak cakap camner,cuma sedih tgk life kau".

"kakak seorang yang kuat semangat"
.
"Realiti tu memang sakit"..
kata kata ini buat aku sedar
betapa bermakna insan insan sekeliling aku
yang kadang kadang aku tak sedar dengan kehadiran mereka.

kadang kadang aku tak sanggup nak hadap life ni
tak sanggup nak hadap
manusia yang bermuka muka
manusia yang menipu
manusia yang menikam belakang
manusia yang tak faham bahasa

Tapi tanpa mereka aku tak sampai ke tahap ini
aku tak mungkin mampu berdiri seperti hari ini

Terima kasih Ya Rabb
hari ini kau berikan aku sebuah pengajaran
pengajaran yang bererti dalam diari hidup
seorang hamba.

Andai aku jatuh lagi
aku harus bangun
kalau aku terpesong
aku harus bangkit mara ke depan

buat mereka yang pernah berada di dalam diari hidupku
terima kasih
kerna mewarnai hidup aku
aku hargai kalian
mungkin kenangan banyak mengajar aku
terima kasih

Hilang seorang takkan sama




Alhamdulillah..
Aku masih bernafas selama 23 tahun kat atas dunia ni.
tak sangka wanita itu sanggup bersusah payah
membesarkan seorang anak perempuan yang belum betah dengan dunia.
masih mencari erti sebenar hidup
masih berseronok
bergelak ketawa dengan kerenah dunia

Mungkin jasa mak aku tak mampu bayar
dengan wang ringgit
hatta segunung emas pun
tak mungkin sama dengan
pengorbanan yang dicurahkan.

teringat lagi masa kecil dulu
dia yang sanggup membelikan itu ini
memberikan apa yang aku mahu

tapi...aku?
hurmmm...
bungkam aku seketika.

kadang kala kita melebihkan orang lain dari dia
kadang-kadang kita lebih selesa bercerita itu dan ini pada orang lain
melainkan dia
kadang-kadang kita sanggup ketepikan dia sebab ingin bersama orang lain.

tergamam aku seketika..
kalau suatu hari nanti,kalau mak dijemput dulu dari aku
bagaimana harus aku meneruskan hidup ini

Semua yang aku lakukan hari ini
semua untuk dia
untuk keluarga
kerna aku tahu kalau aku kehilangan dia,aku takkan mendapat seorang yang memahami seperti dia.

Ya Allah,kau lindungi ibu ku dan keluarga ku dari sebarang bencana.
Ya rabb..jauhkan kami dari segala kesusahan
berikan dan permudahkan urusan kami Ya Rabb
bentangkan kami rahmatmu
hindarkan kami dari sebarang persengketaan yang boleh memecah belahkan kami
berikan kami kebahagiaan dunia dan akhirat...aminn


Kepada emak,
terima kasih atas segalanya
kak long akan buat yang terbaik untuk masa depan k.long dan keluarga kita.
dan buat semua ibu-ibu,mak,umi,bonda,mummy,mama... HAPPY MOTHERS DAY.

Friday, May 6, 2011

Lain Kali dengar betul-betul



Semalam tengah sibuk online
tetibe....
ada orang call..
so,aku pun angkat la kan..
but then,suara tu xbrape nak clear..
serious aku tak tahu apa yg caller tu cakap.
last-last aku pun letak je la kan..
siap aku cakap lg
"awak....saya tak dengar la"...sms je la"...(dengan kondifennye)
huhuhu..
aku takde la syak sape-sape.

selang beberapa minit(waalaaa..ayat taknak skema lak kan)

number yang sama naik lagi...
aku puas la cakap kat that caller..
tak dengar...
last-last...
"akmar...ni saya ni..awak kat mana tu"...
Ya Allah..lecturer aku rupernye..
punye la, "awak saya" td..
harap2 tak dengar la kan...hahahha

Tu la,bila orang call..
lain kali dengar betul-betul ya anak-anak..
jangan kondifen sangat...
tp,memang tak dapat nak lupa la...
adoiyhh..
hamekkk kau...lecturer aku ghupernyee..

Thursday, May 5, 2011

apekah FACEBLOG..?


hurm..
finally..aku dah terjumpa dengan satu bloggers community..
which is faceblog..
korang leh click kat website faceblog utk keterangan lebih lanjut..
and join skali bloggers community ni..

aku tgk pun happening..
boleh baca blog orang
tgh bosan-bosan..
at the same time share idea
utk blog sendiri kan...
well~

pada korang yg tak join lg
join lah yaaa...
:)
hidupp faceblog!!~

kucing comel





comel kan?
tak silap dah 1month umur kitten ni

aku geram sangat dgn kitten ni
mata dia grey in colour.



nama apa?
ntahhh aku pun taktau

aku panggil meow jer.


part yg aku tak tahan

time nak main-main or bagi dia makan

mmg la agak penakut di situ

aku nak pegang je dah buat muka garang

aiseyman..



tetiba teringat masa bela 9 ekor kucing before this..
memang tak bising la kan

nasib baik letak dekat balkoni

last-last tak tahan sangat

letak kat belakang rumah.

at first,aku memang tak suka kucing


ingat lagi masa form three dlu,
boleh lak derang ni letak kucing seblah aku masa dalam kelas

nak-nak time tu aku tengah kusyuk buat apa tah


memang aku tak nanges la kan..
ja at betol la derang ni


aku pun tak tau
asal aku pengecut ngan kucing seblum ni

aku risau dia cakar kot plus masa dia bergesel-gesel dekat ak

memang tak la kan..

goli den



pastu last year,dah ada pengalaman
kene cakar ngan kucing

adomakkk..memang tak saket la kan..



memang tahap penakut aku dengan kucing hanya bertahan hanya beberapa tahun.
aku pun dah lupa bila aku start ber kasih sayang dengan kucing kucing kat rumah ni



kucing kucing ni dibela pun sebab younger sis aku yg suka+minat
aku??
yg adoo...aku suka hamster..tapi....kang aku bela..mati lagi..tensyionnn betol.

















































ABCD





erkk..

ABCD?
hari ni anak anak bukan kita nak belajar ABCD ya anak-anak..

malah bukan buat ABC sekali pun(nyum2..abc..lamo tak minum abc)

tapi.hari ni cik blogger nak share cerita

ala,takde la lebih hangat dr biasa pun.

just a common story




korang pernah tak berdepan dengan keadaan

bila korang cakap A,orang tu cakap B,esk Cakap C,tulat cakap D

a.k.a putar belit la..

kadang aku tak faham jugak dengan spesies manusia mcm ni

buat haru biru hidup orang

and semak keadaan je.

aku selalu berdepan dengan makhluk tuhan macam tu.

kadang tension tahap dewa pun ada

kadang nak remove je orang tu dr hidup aku



tapi,aku tak sampai hati la pulak

masih ada sisi kemanusiaan aku ni.



putar belit tu xper lagi

tak faham bahasa tu lagi satu hal.

kadang nak je backhand org itu

tapi apa kan daya..

kadang-kadang hidup ni buat aku sedar

tak semua yang aku inginkan aku akan dapat (yes its true)



apa aku idamkan

tak mungkin aku akan dapat if aku tak berusaha

tapi kadang kadang usaha aku tu macam sia sia je

nak fahamkan org dengan situasi

nak ajak orang buat baik (even aku sedar aku tak baik mana pun)

semua ni payah.


tapi aku tahu satu hari

semua ni akan berakhir

aku harap apa yg aku rancang

menjadi kenyataan

kadang kadang nak lari dari kenyataan

tapi,mana mungkin?

bak kata mereka "moving with the flow"..


yes,saya tengah harung arus itu..

dan mengharapkan keajaiban

akan berlaku

suatu hari nanti...















Wednesday, May 4, 2011

hari ini





belek berita harian today,
muka depan pasal kematian osama(aku tak mek port)
then,selak lagi dan selak..
berita ttg kematian seorang jurutera yg ditikam
bunuh sbb nak memutuskan hubungan..OMG!


takut seyh..
asal la manusia-manusia zaman moden ni
tak dapat nak berfikir secara waras.
aku kadang pelik-pelik gak.
kadang tu..
asal mereka-mereka ni susah nak menerima kenyataan
bukan ajal,jodoh,maut tu ditangan Allah.


even kita sendiri tak tahu
what will happen in the future
tak dapat nak predict
maybe kita kat atas sekarang
esk lusa tulat kat bawah lak ke.

then,kisah remaja yg lari ikut bf derang ke lombok..
ni aku lg pelik.
kadang aku sll bertanya kat diri aku..
kenapa dorang bertindak sampai mcm tu.
mak ayah besarkan sepenuh kasih sayang
sampai hati dorang balas mcm tu.

yes,infact aku pun xdela baik mana nak judge org mcm tu
aku takde dalam situasi dorang
tapi,kawan..
ingatlah..jauh mana kita pergi
berjaya sampai tahap mana sekalipun
ingatlah,tanpa mak ayah siapalah kita

cerita pasal hal hati dan perasaan ni mmg kompleks
kadang dah haru biru macam sopink kompleks
tapi,se kompleks mana pun masalah
se rumit mana cabaran tu
segalanya tu ada sebab musabab dia
maybe itu ujian Allah

Aku sendiri tak tahu siapa jodoh aku
siapa yg will be my life saviour in the future
siapa yg dapat terima kekurangan aku
siapa yang sanggup susah senang dengan aku


kadang-kadang aku sakit kepala nak fikir
pening.
walhal tak payah fikir pn takpe

tapi,tak fikir pun masalah jugak
so,nak tak nak kene be fair
fikir and tak fikir.

kadang bila aku hang out
best je tgk org lain happy with their couple,husband and wife.
aku teringin nak bahagia macam mereka
tapi..
tak tahu bila bahagia itu akan bakal muncul

mungkin esk
mungkin lusa
tahun depan
hmm..


















































Tuesday, May 3, 2011

untuk 27 hari lagi....

erm..
bunyi macam countdown kan..
but.yes.its true.
ngan takde sape kat rumah skrg ni.
mmg naik gile tak tau nak buat apa..
balik2 tgk tv,makan,online 24/7..
mak aih...

citer kat tv pn cam bosan jek.
nak tdo pun bosan jgk.
nak habiskan baca novel..
mood tak datang lagi..
aisyhhh...
walhal novel "september yang pertama" tu best la..
aku da habiskan beberapa chapter.


tapi,cuti ni actually best la jugak
cuz...banyak cerita2 yg tak dapek nak follow b4
dapatlah di follow.
cam smlm,tgk citer JUVANA kat tv3.
best....ada zahiril adzim..lagi berkobar2 nak tgk..hihi
awan dania pn best.
diari af..ermm so-so je.
and tak lupa citer yg aku follow di pertengahan jalan "cinta antara kita"..
so far,cerita tu best...
pelakon-pelakon dia boleh tahan la berlakon..
aku suka jalan cerita drama bersiri tu.

today,
nak follow asmara 2 pulak..
hurmm...

btw,tadi sempat tgk wanita hari ini
tajuk quite best
pasal..blind date..
mmg tak dinafikan ada pro n cons blind date ni
terpulang pada masing2 la.
and aku pn pernah rasa.
tepuk dada tanya iman.

and smlm aku sempt la menerjah ke beberapa blog.
guess what..some of them,meet their soulmate in blog.
masya-Allah..
tu la sapa kata cyber love ni xkuat penangannya
kalau dah sampai kahwin tu makna nya tak salah kan.
tapi pandai-pandai la teman-teman..
ajal,maut,jodoh di tangan Allah
kita ni as a human being..berusaha untuk menjadi yg terbaik dan mencari yang terbaik.
memperbaiki kekurangan diri..
ok lah,banyak pulak membebel hari ni..

nak find something kat dapur or else masak jer..
huhuhu
tata everyone :)

Monday, May 2, 2011

pendapat aku tentang "penunggu istana".

habis jer paper csc 134 last week,
terus ambik adik kat uitm,then makan-makan..
and tengok movie ni..
adik dah pesan"kak long aku risau la takut"
aku dengan machooonye membalas"ek elen...rileks sudeyh"..
sebab seblum ni tgk kat tv je kan..
plus if tgk citer hantu kat wayang pn,macam alaaaaaa...dah leh agak amende scene lepas ni..
tapiiiiiiiiiiii.....korang gi la tgk sendiri..
for those,yg tak suka filem melayu pun..
gi la tgk..sbb aura seram tu ada.
last-last...memang tak naik la bulu roma ak kan tengok movie ni..
memang jantung aku dup dap dup dap je setiap scene..
ada la yg part lawak,tak masuk akal dalam criter ni..
tapi...tahap keseraman dia wa cakap sama lu..........
ishkkkkk....memang takkan sama apa yg korang tgk episod seekers seblum2 ni kat tv...

meh aku share sket,perjalanan movie ni...
tak banyak..sket jek..
basically,ni documentary..based on research yg dibuat ttg entiti
nanti korang pi tgk and nilai sendiri...(waaaaaa...promote gituuu).

depa ni ada 5 orang,
amar,mus,fira,sara and yaya..
team sekeers termasuk uncle ada dengan dorang ni jgk..
tapi xlama....
tapi,yaya pun xlama ngan geng dorang ni..
kebetulan,dorang nak buat project paper..
so,dorang pilih istana billah,papan perak sebagai tempat kajian dorang..
aku pelik gak dorang ni...
ape kes nak gi kaji mende tu...
tak takut ka...
kalau aku memang surrender awal2 da..
takpasal2 aku pengsan kalau wat keje gtu..
plus,mak ayah aku memang takkan bagi lah kan...
(hohoho...membebel jap)

pastu,
dorang duk kaji tu dalam masa 15hari..
mula-mula xde mende pape pun la yg terakam kat camera..
aku pun naik bosan gak la sejam yg pertama..
hamekk ko nak dekat habih citer tu..
memang aku tak senang duduk...
tutup mata je..

tp,aku tabik la kat geng dorang ni...nak buat research nye pasal,sanggup tunggu..
tapi,last2.makan diri balik
tapi,tu la dek kerana nak kaji sangat sampai ter buat mende2 yg tak sepatutnya..
ape lagi,marahla si penunggu istana tu...
orang tua-tua ada pesan,pegi masuk hutan ke,gi tempat orang ke..first thing,bagi salam.mintak izin..mulut jangan celupar,jangan bangga sangat,jangan buat bende bukan-bukan..
disebabkan,sorang dua nye pasal..dah jadi insiden yg tak sepatutnya..
and aku pun tak tau apa nasib mereka-mereka ni.

aku rasa nak menangis pun ada,
nak pengsan(kot2 kalau aku kat scene tu)
nak lari pun ada..
sebab berdasarkan apa yg diberitahu ..kisah ni..kisah benar..
so...feeling seram tu memang ada...

habis je cerita tu,aku cakap kat adik aku..
"wey,ko rasa penunggu istana 2 ada x"..
ntah...aku rasa aura seram dia tu lain mcm..
so..cepat2 gi tengok...aku nak tunggu kat astro first lak..

Pesta Buku Antarabangsa.

KLIBF this year meriah,..
and seperti biasa ramai orang.
1st pergi pun 28/4 dengan adik
then semalam dengan niesa around 6 lebih sampai PWTC...
tengok2 buku..
belek2 sinopsis novel..
so far, banyak buku2 yg best.
bagus sgtla buat time2 mcm ni..
atleast,penuh ilmu didada time cuti2 ni..ngeeee..

nak jadikan cerita,semalam after balik dr pesta buku
nak menghantar niesa balik
then,after dah beli apa yang patut kat KLIBF tu,kami pun menuju ke bus station seberang jalan
tengah hujan renyai-renyai..
tiba-tiba....
jeng jeng jeng.......



ada la sebuah kereta ni laju yg amat...
aku rasa,kalau aku xsempat nak pegang tangan dia...memang kat spital la dia skrg.tapi..xboleh salahkan kereta tu jugak.sebab jalan tu ada 2 lane..and mula-mula kami dihalang dengan lori..of course kereta lane belah sana tak perasan.tapi,kut ye nak drift pun agak2 la pakcik...hujan kot..what do u expect.


nak kejar apa sgt pun.nyawa anak org melayang..


pakcik boley bayar??...iskkkk...





lepas tu, aku pun menghantar lah dia sampai 9:15mlm..tapi,xlama la..risau dah lewat ..aku pun balik rumah..risau lg satu,parking area tu cam suram je..seb bek ada gak org kat parking area tu,berderau darah aku..tatau asal semenjak dua menjak ni rasa insecure


aku pulak duk ter pk scene seram dalammovie "penunggu istana" tu..ishhyyyyyy....


nanti I story morry sal movie tu ...aku pelik ada org cakap citer tu xseram..


aku tengok...sampai la ni aku nak tidoq,aku teringat.


SO...


moral of the post kali ni,berhati-hati di jalan raya..


and kuatkan semangat....kuikuikui..

























Cuti.Bosan.So..nak buat apa?

hurm...
lama sangat tak menulis.
idea pn dah membeku(ececeh..ayat...)
last saturday baru lepas final exam..so far alhamdulillah..
harap-harap result tak mengecewakan..
dah buat yg terbaik..
and hopefully segalanya dipermudahkan-Nya.

ayat cliche every time cuti sem..
bila xcuti,sebok nak cuti
dah cuti, sebok xtau nak buat apa..
but then,this semester break yg agak tak berapa nak panjang,ada jugak la something nak buat..
hopefully semua berjalan dengan lancar..

1) as usual,try nak masak (kot)..cehhh..ada kot2..(atleast niat tu ada) :P
2)jadi fasilitator for orientation week (xsilap 1 week)..so nak taknak,kene duk hostel..no choice!
3)hang out
4)Movie(NUR KASIH the movie,Pirates of Carribean)...huhu.

so...itu je la kot aktiviti untuk so called cuti tak panjang ni..and sem baru pun bermula 30.5.2011 for those yg cuti lama,bestnyaaaaaaaa korang...




Friday, April 15, 2011

Terima kasih semua...(tribute to HKB 112 classmates part 3)

Pertama terima kasih kepada yg banyak membantu especially To HKB 112 classmates part 3 (OM114-AS120-BM111) and not to forget miss Eizla as our lecturer for this drama class. dalam menjayakan pementasan drama "Hantu Malang"semalam.. (i know that some of u will not be happy with what i did in the script but everything is done perfectly with your performance last night.) terasa aura hantu still ada..huhuhu it was a great drama for me.. walaupun sebelum ni,banyak masalah.. tapi,semalam kita semua boleh menarik nafas yg lega utk tugasan kita yg terakhir buat semester kali ni. Pada kalian yg pernah terkena api amarah dr senior mu seorang ni.. seribu kemaafan dipinta.. biasalah manusia selalu melakukan kesalahan. credit to prop,stage,make up and costume crews.. u're d best guys..!~ The best part is, they all perform not too strictly followed the script.. u guys did a great job.. and lawak pn mmg takleh tahan la.. me yg jaga lighting pn tergelak sangat2... sampai xleh tahan.. if ada kesempatan nanti saya uploadkan video tu. insya-Allah ada kesempatan di lain masa,kita akan bekerjasama lagi.. memories with all of u,will be forever remain in my mind..~
Credits to:


crews:


Hudzwan-Director

Lokman-Assistant director

Mimy and Hajar- Make up and costume crews

Ika,Sheryll and Ila-prop crews

Ain-stage manager



Cast:

Hantu Gila:Aminor

Hantu Cina: Elisha

Lampir:Syira

Langsuir:Nurul

Pocong:Suzy


Juu Onn-Safuan

Wolf-Fit

Casper-Fitri

Bloody Ghost-Jefri

Vampire-Khairul

Drakula-Ayie


Tok Moh-Rob

Mak Andeh-Shima

Mak Kaduk-Solehah

Minah Malang-Mira

Minah Jenin-Ruhi


(i'll miss every single moments that we shared together in our drama practise and performance before)
p/s:pic sgt menakutkan,so..will not be post here.. but,video is coming soon~ :) :)

Saturday, April 2, 2011

Menjaga hati

Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas di relung hatiku
Hujan tanpa henti seolah bertanda
Cinta tak disini lagi kau tlah berpaling

(Korus)
Biarkan aku menjaga perasaan ini.. ooo
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku takkan pergi
Kau menjauh aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkan mu..

Masih adakah cahaya rindumu
Yang dulu selalu cerminkan hatimu
Aku takkan bisa menghapus dirimu
Meskipun kulihat kau kini diseberang sana

(Ulang Korus)

Andai akhirnya kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri menjaga hati

(Ulang Korus) (2x)

Sejujurnya diriku masih mengharapkanmu
oooh.. ooohh.. ooohh

Friday, March 25, 2011

Masa Lalu

Kadang kala aku bingit memikirkan itu

Aku lupa semua yang aku ada

tapi aku tak pernah lupa DIA selalu ada untuk aku.


Jika takdir mengatakan itu

aku harus akur

tapi,sebagai manusia biasa aku tahu

lumrah untuk menerima takdir seakan tiada


Percaya pada apa yang tertulis dan tersurat

itu yang aku selalu pegang hingga kini


terkadang aku rasakan bias-bias kecewa

amarah dan dendam ada bersisa

tapi ku turutkan masa

turutkan keadaan


Tapi sampai bila?

sampai masa mengatakan 'ya'

kau teruskan apa yang kau mahu


Aku juga akan meneruskan

meneruskan ia dengan penuh ketabahan

moga-moga segalanya dipermudahkan

kerna segala yang baik akan ada kesudahan yang baik


listening to 'kamulah satu-satunya' by Dewa 19.







Thursday, February 24, 2011

Datang tenang

Syukur alhamdulillah..
dengan kasihmu ya Rabb,aku bangkit
bangkit dari sesal lalu.
mungkin dulu aku lemah
lemah kerna alpa dengan dunia

Aku tahu
aku tak sekuat dan sekebal hati yang lain
namun aku cuba
cuba untuk menjadi yang itu

tenang itu datang
datangnya dengan tiba-tiba
aku akur dengan ketentuannya
untuk meneruskan aku rasakan tidak
tapi untuk menjadi yang itu aku yakin
aku mampu

Terima kasih
diatas ketenangan ini
aku harap walau ia sebentar
ia akan tetap hadir
menemani aku sekejap cuma.


Monday, February 21, 2011

Bukan berhenti itu mati.

Berat rasa biarkan itu berlalu
tanpa aku rasa ia seakan memakan diri
memaksa rasa itu hadir
sesuatu yang bukan aku

terkadang sayang itu datang
aku sanggup berkorban untuk segalanya
tapi aku leka
leka bahawa terkadang apa yang baik untukku,belum tentu baik untukku

Salah untukku berterus terang
penat meluahkan apa yang terpendam
rasa untuk pergi seakan tersekat
tersekat antara sayang dan masa depan

bait kata. rasa seakan kembali
mengenangkan momen sementara sayang
apakah aku perlu akur melepaskan?
atau terus begini?
keputusan telah dibuat
terus terusan aku menyalahkan diri

Tapi,benarlah
ini sebahagian masa depanku
masih ada yang belum ku tunaikan
harapan mereka yang ingin melihat kejayaanku
aku perlu terus kuat

"kakak mira tabah"..
"bijak dalam buat keputusan"...
"ada yang lebih baik untuk kau".....
bait-bait kata mereka untuk memberiku semangat

aku masih terus disini
menanti untuk sebuah kebahagiaan
kebahagiaan yang aku pasti
mungkin bukan sekarang,mungkin nanti....
dan bukan berhenti itu mati.....


Rahmat Ujian




Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

p/s: thanks to one of my friends that given this song to me..until now,I'm still realize the meaning from this song..

Thursday, February 17, 2011

La Tahzan

La tahzan(Jangan bersedih)..

baris ayat itu selalu bermain di mindaku.
adakah aku benar-benar gembira
adakah aku benar-benar bahagia dengan realiti ini
yang kadang kala aku sendiri kurang arif tentang rasa itu

Pernah sesekali terbit rasa cinta
cinta yang pernah buat aku rasakan bahagia
cinta yang aku rasa sampai bila-bila aku takkan lepaskan
namun aku alpa
cinta pada-Nya itu yang harus ku gapai
yang harus ku kejar..
tapi...
aku ini hamba yg lemah,Ya Rabb.
terkadang tersadung di lembah hina itu
aku gapai kembali redha mu,Ya Rabb

Jika kali ini aku bersedih
mereka-mereka itu selalu bersamaku
menyemai rasa semangat baru
menyeka air mata yang mengalir
sambil berkata "Kau kuat,Akmar"..
tapi,aku tak sekuat seperti yang kalian katakan.
aku manusia yang penuh dengan rasa
kadang kala aku rasa,rasa itu sendiri seakan memakan rasa sebenar

Aku tidak penat dengan dugaan silih berganti
kerna aku tahu
setiap kali aku di duga
hikmah disebaliknya itu buat aku tersedar
buat aku berkata
"ya,Kau masih ada yang sayang"
"Kau perlu kuat,utk hadapi masa yang mendatang"

Aku makin sabar dengan masa
sabar dengan kerenah dunia
sabar bersama kehidupan

kerana jika hari ini aku teruskan rasa sedih itu
mungkin aku tidak akan berada di sini
tidak mampu menghadapi apa yang ku lalui kini.

Syukran jazillan,ya Rabb
atas kurniaan hikmah ini.

La Tahzan..

Sunday, February 13, 2011

Sepi itu tenang.

Sepi ....
datang lagi..
menerjah ruang hati
hati seolah berkata "mana kau yang dulu"?
Aku yang dulu?
Aku masih tetap aku..
Tapi....

Aku mungkin alpa dengan dunia
dunia yang aku ciptakan sendiri
diatas angan-angan dan mimpi yang belum pasti
kerna bagiku angan-angan dan mimpi itu harus aku kejar

Tapi..
sampai bila?
sampai bila?

Sepi..
Jangan biarkan hati ini dirudung sedih
mungkin aku disini gembira
namun hati kecilku tak dapat menipu

Sepi..
bawalah momen indah ini bersamaku
jika ia pergi walau sedetik
ketahuilah aku masih memerlukan secebis pengertian

dan ketahuilah bahawa sepi itu tenang....

Friday, February 4, 2011

Kehidupan Sekarang.

Salam semua.
agak lama aku tak menulis di sini.
cuma apa yg ingin ku khabarkan.
adalah rindu pada bingkisan kecil ini.
Dahulu mahu ku hebahkan segala yg kupendam
bila difikirkan semula
"tak perlulah,akmar"..hidup kau bukan best sgt nak citer kat org pn".
tapi,aku punya hati.
kadang bisa tergugat dengan emosi itu.

Ya..
kadang kala aku tahu
aku ni naif,jujur sampai nak menipu pun fikir berjuta kali
ada sampai suatu tahap mereka-mereka ini mengambil kesempatan ke atas kebaikan yang aku berikan.
tapi,aku faham..inilah dunia..
aku perlu kuat utk mengharungi liku-liku hidup ini

Aku terkadang goyah dengan perkataan "tabah"..
bagaimana harus aku tabah lagi.
mungkin itu petunjuk bahawa Allah masih tidak melupai aku..

"Akmar,saya yakin awk boleh"..
"Akmar yang saya kenal seorang yang sabar dan tabah".
bait-bait kata itu buat aku terkesima.
sabar kah aku?
tabah kah aku?

Terima kasih mak
Terima kasih abah
Terima kasih,sahabat
Terima kasih,teman
Kalian merupakan sumber inspirasi utk aku meneruskan kehidupan yang penuh ranjau ini

Mungkin kehidupan sekarang
buat aku mengenal siapa kawan,siapa lawan
siapa kawan disaat aku susah dan senang.




Friday, January 14, 2011

Never forget (Maher zain feat Mesut Kurtis)

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When youre walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus

No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
Hes the Light of Heavens and Earth
Hes the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah

Tuesday, January 11, 2011

Hati


Hati
jangan biar ia sakit lagi
cukup sudah yang lalu
aku mungkin tak bisa merencanakan yang terbaik
namun itu atas kehendak-Nya

Hati
Sabar itu paling ajaib
paling terbaik yang boleh diri ini lakukan
tapi,jikalau itu yang berlaku
biarkan ia berlaku

Hati
Cukup sudah yang itu
yang kini kau buka lembaran baru
beri sedikit ruang
untuk mengecapi rasa itu

Hati
kena lebih berhati hati
jangan biarkan dia berlalu pergi