Monday, August 23, 2010

Puas sudah.

Assalamualaikum.
Kembali lagi aku
ke tinta maya ini.
kadang kala tak tahu apa yang patut aku ungkapkan disini
sekadar menceritakan ujian yang mendatang setiap hari.
atau pun mengeluh dikala ujian melanda
dan tinta maya ini yang ku pilih untuk mencoretkan segalanya.
Alhamdulillah
sekali lagi ku panjatkan syukur kepada-Nya.
kerana aku telah berjaya
mengaharungi segalanya
dengan tabah
musykil kalian?
apa yg berjaya aku harungi itu?
masalah personal kah
masalah study kah?
Ya...kedua2 nya sekali
Aku tahu
aku insan yang lemah
tapi tetap berdiri akur
untuk menerima segalanya
sebab bagi aku.
ini yang harus aku terima
setelah sekian lama
aku melupai DIA..
Ya Rabb.
Kau yang maha agung.
Jika aku tersungkur lagi
Kau pimpinlah aku,Ya Rabb..
Puas sudah aku
mencoretkan kata kata hiba,amarah,keluh kesah
kini aku puas
puas untuk menghela nafas yang lega
lega kerana aku telah berjaya
melepasi satu fasa
fasa kesukaran hidup.
Namun,yang dihadapan
masih banyak lagi onak ranjau
yang aku pilih
untuk aku harungi..

Thursday, August 19, 2010

Amarah.

Assalamualaikum.

Belum sempat nak ku hela kan nafas yang panjang,
ada sahaja panggilan
kutukan
umpatan yang singgah di telinga.
Ya,aku mungkin tidak sedar
dan buat tak tahu itu semua

Tapi,as a normal person
aku pun ada hati
ada perasaan.
mind your own words,adik.
please respect me,Like I respect you before.

Aku dari xnak marah
kau memang buat aku nak marah
dari aku elok2
kau buat tahap kemarahan aku dalam tahap yang kritikal

Kalau dulu aku mmg la senyap
aku buat bodoh jer dengan kau
sekarang
kau terima lah balik

Aku tak pandai mana pn weh
aku ni skema la
anak mak
cengeng..
tapi,tak pandai aku pun
skema aku pn
aku ni anak mak pn
aku ni cengeng pn..

kau ada ke macam aku ada..
nak aku senaraikan semua apa yg kau takda macam aku ada?
tak larat pulak kau nak baca nanti.

So,for those yg terkena api kemarahan aku tu
harap maaf ya
bukan niat dihati ingin melempiaskan kemarahan pada kalian
tapi, mereka seakan tegar dengan ego mereka.

Bak kata hati aku sendiri.
"Akmar,biarkan...budak2 lagi Akmar"..kau pun pernah jadi macam mereka"
aku mcm mereka????
oh nooooooooooooooo...
jauh panggang dari api..
harapan aku hanya...
kamu semua berubah..
sementara peluang masih di depan mata.
itu sahaja yg aku pinta. :(

Sunday, August 15, 2010

Teruskanlah..

Assalamualaikum..
Pembuka bicara tinta maya.

Alhamdulillah setelah segalanya aku tempuhi.
Allah telah memberikan anugerah terindah dalam hidup ini.
Iaitu kehidupan yang lebih bermakna
bermakna dengan kehadiran mereka mereka yang sentiasa
menyokong dan menjadi tulang belakang ku selama ini.

Dan padamu Ya Allah
Aku bermohon
agar aku sentiasa di dalam lindungan-Mu
Sentiasa mengingatimu
Tidak leka dan alpa pada keindahan dunia semata

Dan terus dalam mengejar
segala yg belum aku dapatkan
mungkin mustahil
tapi, dengan usaha segalanya
pasti akan ku ukir keindahan yg mustahil itu bakal menjadi kenyataan

Alhamdulillah juga
kerana semua ini
aku masih teruskan kehidupan ini
dengan kata lainnya.
aku teruskan perjalanan ini
dengan azam yan baru
tekad yang jitu
agar yang masih di awang-awangan sentiasa
berlegar di ruang minda
dan teruskanlah wahai Akmar.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan 2010

Happy Fasting To All Muslim.
Ramadhan Al Mubarak is the Month OF Blessing.
Let's we celebrate the month with Taqwa and fullfill
the month with a good deeds. :)

Tuesday, August 10, 2010

Langkah Pertama.

Alhamdulillah.
Semua yang dirancang
telah selamat ke akhirnya.
PENANTIAN..
itulah kata yang terbaik utk aku
coretkan disini..

Abah,Mak..
Kak long dah usaha sebaik mungkin.
dan hasilnya kini
kak long sudah meraih yang terbaik
untuk masa hadapan
dan bekalan dunia akhirat yang masih lagi berbaki
dan perlu di perbaiki.

Buat,Anis
Kak long dah buktikan..
kau bila lagi?

Amir,
Hidup penuh dugaan
tabah menghadapinya.
Ingat DIA selalu.


p/s: Ini sebahagian baru,sehingga aku selesai mengulung segulung diploma berbaki lagi 4 semester dan segulung ijazah. Serta bakal merancang menyambung ke peringkat yang aku rasakan mampu.

Buat,
Keluarga tersayang,
Para pensyarah yang gigih mengajar daku,
Rakan taulan,
sahabat handai,
Ahli keluarga yang dekat dan jauh
tahukah kalian.
Aku kini sedang berperang dengan
dugaan dunia yang maha hebat
dan ingin ku rakamkan setinggi
penghargaan TERIMA KASIH
diatas segalanya.


Sunday, August 8, 2010

Sayangi Diri sendiri.

Alhamdulillah.
syukur ke hadrat ilahi
aku diberi peluang sekali lagi menulis di tinta maya ini
sekali lagi.

Semalam sempat meraikan ulangtahun mak dan abah.
"Happy Belated Anniversary to my parents".
and celebrated my belated b'day also in
Sekinchan Ikan Bakar,Centrum Setiawangsa..
For those yang nak mencuba,aku berpendapat tempat ini terbaik.
Baik dr susun atur tempat,rasa yang okay di tekak aku.
Aku rasa terharu sangat semalam,kerna adik2 pulang.
dan sempat kami meraikan nya bersama.

Tajuk sahaja dah berbunyi "sayangi diri sendiri"..
aku tak tahu kenapa lately ni
aku makin sensitif
makin peka dengan kehendak aku sendiri.
bukan bermakna aku lupakan orang disekeliling aku
tapi,aku rasa.
Cukuplah.
cukuplah aku bertahan.


Aku sudah 22 tahun menerjah onak ranjau
yang aku fikir belum teruji sebelum ini
tapi,bila sekali aku diuji
aku seakan rebah
rebah dek kerna aku tak mampu nak
harungi berseorangan.

Hanya rakan rakan
dan Allah tempat aku mengadu.
aku takbisa nak menceritakan segalanya pada
mak dan abah.
aku lemah
aku lemah kerana aku tak mahu dilihat lemah
dipandangan mata mereka.
Namun,hakikatnya
"mak,abah...kak long dah penat"..
ketahuilah mak ,abah..kak long nak mak abah tahu
kak long dah bahagia dengan kehidupan sekarang
yang di mana kak long lupakan seketika sebelum ini.
Kak long tak mampu nak ceritakan segalanya.
kerna kak long nak mak abah tahu
kak long kuat dipandangan mata kalian
kak long menipu,jika kak long tak bersedih
tapi, sekarang semua tlah terbukti.

Buat rakan2 yang membantu diri ini
hanya doa yang aku titipkan untuk kalian
kalian pembakar semangat aku untuk maju kehadapan
untuk berjaya dunia dan akhirat.
tanpa kalian disisi
mungkin aku rebah

Nurathirah Tarmizy
kau bermakna buat aku
kau sahabat sejati aku

Noorhanisah Khalil
Thanks Nissa.
Allah mempertemukan kita sebelum ini
ada hikmahnya
sehingga kini kita menjadi sahabat sejati.

Kak Fatin Filzah
Akak,Akmar terharu..
akak pembakar semangat,ma..
bila ma jatuh ,ma igt akk
akk..doa akmar mengiringi kejayaan dan kebahagiaan akk.


dan buat kalian yang namanya tiada di atas,
ak mohon maaf.
bukan kalian tidak bermakna buat aku.
tetapi jika ingin ku senaraikan disini..
mungkin belum tentu tamat hingga akhirnya..

Akhir kata,
Semoga Allah dapat membalas jasa kalian
serta doa ku mengiringi kalian.

**aku kini sedang belajar erti "sayangi diri sendiri" dan menghargai diri.
bukan tak sayang sebelum ni
tapi, kekuatan utk menyayangi diri sendiri sebelum ini
belum cukup kuat dan utuh.

Thursday, August 5, 2010

Buat Aku Tersedar

Assalamualaikum semua.

Akhirnya dapat juga
ak melahirkan idea yang "tah apa apa" kat sini.
dan meluahkan apa yg aku rasa.
ya,benar

bukan semua aku nak ceritakan
bukan agenda nak buka pekung di dada.
tapi,ak harus mengerti hati ini perlu di jaga
perlu di cerita utk menjadi pedoman semua
kalau xbanyak,sikit pun jadi.
Sebab jika kita berkongsi
kita sedikit sebanyak meingingati manusia
disekeliling kita
kan ingat mengingati amalan yg terbaik
dan harus diamalkan
nak2 bg kita yg berpegang teguh pada ajaran-Nya.

Baiklah,
topik utama belum lg aku kupas
banyak betul membebel kat atas tadi.
apa yg aku tersedar?
ak tersedar yang mana.
hidup xselalu gembira
ada kala sedih
ada kala gembira
ada kala sunyi
ada kala meriah

dan dengan segala rasa yang ada
aku kuat
kuat sekuat kuat nya
bak kata one of my bestfriends.
"sampai bila nak meratapi kesedihan"
enjoy till d fullest in our life.
"enjoy" dalam konteks yg ak nyatakan tadi
ialah,enjoy dalam bahasa yg mudah nya bersuka ria berpada pada
sebab kalau tak berpada pada tu la jadi Padah dan Parah.

Aku pernah rasa terhina
di maki
di tengking
di herdik
semua tu asam garam dunia
kadang2 aku tak betah utk menyatakan bahawa aku sudah tenat
tenat memendam rasa
tenat menjaga hati dan perasaan manusia lain
dan akhirnya aku kalah dalam permainan rekaan manusia

Alhamdulillah bila aku kutip semangat lalu
semangat ketika aku kuat hati dahulu
semangat untuk bonda dan ayahanda tercinta
aku jadi tegar
tegar untuk segalanya
tegar menyatakan "tak semua manusia itu sempurna"
dan kini aku masih meminta pada-Nya
agar dapat ku kumpulkan lagi kekuatan yang ada
Ya Rabb
jika dulu ak hanyut dengan arus dunia
kau menduga aku
tapi,kini
aku sedar
sedar dan sedar kembali
bahawa aku telah jauh meninggalkanmu Ya Rabb
pandulah aku Ya Rabb
aku tidak mahu menjadi aku yang melupaimu suatu ketika dulu,Ya Rabb.

Monday, August 2, 2010

Terima Kasih Cinta.

Lama sungguh ak tak menulis kat sini.
Assalamualaikum,semua.
Maybe kedatangan Coretan ak kat blog kali ini agak cynical.
tapi,ingatlah..apa yg ingin ku nyatakan disini.
Kalian sendiri tentukan "benar" dan salahnya"
Mungkin dulu aku diam,ak kurang bersuara.
Kini ak bangkit
Bangkit utk menemukan kebenaran
hak yg harus ak tentukan utk diriku
dan mereka di sekelilingku.


Tak payah nak ku ceritakan semua.
Yang penting kau dah buat separuh hidup ak merana
bukan aku menagih simpati or what so ever.
tapi,ini luahan dari hati nurani seorang wanita.
Ya,benar.
aku kadang2 kalah dengan rasa hati
hati kata mahu mati
tapi,mana mungkin aku hendak mati
aku harus bangun
bangun untuk meneruskan hidup tanpa kau.
sekali lagi,kau .

Mungkin aku pernah buang kau sebelum ini
tapi,ingatlah
sebenci2 aku
semarah2 aku
aku hanya seorang manusia
manusia yang kurang sempurna
bila kurang sempurna
semua jadi haru
bila haru tentu segalanya haru biru

Nak ku nyatakan lagi
Kau kadang2 buat aku sabar separuh daripada apa yg patut aku sabar.
kadang2 aku nak bertindak di luar batasan
tapi aku tahu
siapalah aku nak dibandingkan dengan kau

Kau ada harta
aku ni kurang berada
kau ada segalanya
aku baru nak mulakan pula
tapi,ingatlah Kau
sekali lagi, Kau
Kau ingat aku nak leraikan masalah ini
semudah itu?
kau mesti rasa aku biarkan kau kan?
kau mesti rasa aku sudah ada yang lain kan?
kau silap,wahai arjuna
kau silap
aku bukan murah
maruah aku bukan galang ganti bagi segalanya.
aku ada keluarga
aku ada mak dan abah
aku sayang mereka
aku sayang Kau selepas mereka
tapi,aku dapat apa?
aku dapat "pengantungan"
pengantungan daripada kau

Ingatlah Arjuna
aku mungkin senyap
di mata kau
aku mungkin bisu dan tuli
di hati kau
Tapi,percayalah
aku sehingga kini menunggu
menunggu jawapan utk segalanya

Kalau dulu aku bertahan sebab Kau
sebab Kau di hati Aku suatu masa dulu
Kini Aku akur
Aku akur
yang mana
segalanya tlah berubah
berudah dek naif diri Kau
atau kertelanjuran kau menelaah hati dan rasa hati aku.

Jangan buat onar,wahai arjuna
kelak makan diri Kau
Ingatlah mereka mendoakan kau
mendoakan segalanya buat kau
Kau disini menuju ke jalan yang boleh ku nyatakan "hina"
Sekali lagi,
aku tiada niat nak hebahkan buat semua.
tapi
Aku rasa setakat ini sahaja yg harus ak bertahan
Cukuplah atas segalanya.
Ini sahaja yg aku sempat bertahan