Sunday, August 15, 2010

Teruskanlah..

Assalamualaikum..
Pembuka bicara tinta maya.

Alhamdulillah setelah segalanya aku tempuhi.
Allah telah memberikan anugerah terindah dalam hidup ini.
Iaitu kehidupan yang lebih bermakna
bermakna dengan kehadiran mereka mereka yang sentiasa
menyokong dan menjadi tulang belakang ku selama ini.

Dan padamu Ya Allah
Aku bermohon
agar aku sentiasa di dalam lindungan-Mu
Sentiasa mengingatimu
Tidak leka dan alpa pada keindahan dunia semata

Dan terus dalam mengejar
segala yg belum aku dapatkan
mungkin mustahil
tapi, dengan usaha segalanya
pasti akan ku ukir keindahan yg mustahil itu bakal menjadi kenyataan

Alhamdulillah juga
kerana semua ini
aku masih teruskan kehidupan ini
dengan kata lainnya.
aku teruskan perjalanan ini
dengan azam yan baru
tekad yang jitu
agar yang masih di awang-awangan sentiasa
berlegar di ruang minda
dan teruskanlah wahai Akmar.

No comments:

Post a Comment