Wednesday, April 28, 2010

Pertandingan Mencipta Cover Album (MUSICHEAVEN)

MY 1ST MASTERPIECE for this contest.
just want to try my skills and join this contest.
gimme ur comments for my design.thanks
follow this blog for further enquiries:

MusixHeaven

Dahsyatnya doa ibu.


semalam selepas usai menelaah subjek OMT 101.
ak meluru kearah anis dan bertanyakan
tentang sebuah buku pembelian abah,
and it sounds interesting.
sesuai utk dibaca untuk semua
golongan.and menjadi pengajaran buat semua
agar menghargai ibunda tercinta.
pada sesiapa yang ingin membeli
buku ini adalah sangat2 digalakkan.
semoga kasih ibunda membawa ke syurga.
dan hormatilah dia selagai nyawa masih ada.

p/s: byk tips2 dan kisah tauladan terdapat didalam nashkah berharga ini.
jadi ,dapatkan dipasaran skrg.

Tuesday, April 27, 2010

Gubahanku


Artist: Siti Nurhaliza, Feat: 2BY2


Ku tuliskan lagu ini
Ku persembahkan padamu
Walau pun tiada indah
Syair lagu yang ku gubah

Ku ingatkan kepadamu
Akan janjimu padaku
Hanyalah satu pintaku
Jangan kau lupakan daku

Walau apa yang terjadi
Tabahkan hatimu selalu
Jangan sampai kau tergoda
Mulut manis yang berbisa

Setahun kita berpisah
Serindu terasa sudah
Duhai gadis pujaanku
Cintaku hanya padamu

p/s: tetibe teringat kat member yg suka lagu ni.mesti korg cop ak jiwangkan..well~

Monday, April 26, 2010

shopping ~

Assalamualaikum All.
today, pergi jogging dekat taman metropolitan,kepong ngan my sis.
n balik penat.

just wanna share with all of u.
giler betul semalam after je finish my second paper exam.
balik dengan sesuka hatinya dan meneruskan perjalanan ke TIMES SQUARE dengan my sis.
mmg fabulous habis.
shoppng xhengat.
sbb baju murah2..n lawa n sangat rambang mata.ok

beli black jacket,beli dress,beli flat shoes studded.
gilers okay.

sy memang suka brg2 yg sy beli smalam.

Thursday, April 22, 2010

Done.



Alhamdulillah semalam bertarikh 21 April 2010,ak telah pun selesai menjawab satu paper CTU 101-atau lebih dikenali sbg FUNDAMENTALS IN ISLAM..hoho..another 4 papers to go :) ..
Good luck everyone.may our patience and strength build our dreams become REALITY.

Monday, April 19, 2010

...





"Orang-orang yang lemah, orang-orang yang sakit dan orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang hendak dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak berperang), apabila mereka NASIHAT UNTUK ALLAH & RASULNYA (dengan taat kepada ALLAH dan RasulNya serta tidak melemahkan semangat orang lain)".
(Surah at-Taubah : 91)

takut..hipocrisy

Salam,all..
it tooks 2 days before i'm going for my final exam.
dengan keadaan tgh suffer from mouth ulcer..so,sgt2 la sakit kan..
back to the topic,just wanna share with all of u,with some of my experience

kenapa topic ak nie,ak tulis "takut..hipocrisy"?
first,ak rasa ak takut nak memulakan alam yg baru bila ak xbersama
family lagi.u all know that kan.
sbb kadang2 sampai level ak xpercaya kahwin
tu boleh bahagia(pandangan ak masa dulu la)
sbb ak terdedah dengan masalah penceraian
saudara kedua2 belah pihak ayah n mak aku.
n ceritera nya sama shj.omongan kosong dan basi.

then,yg ak cakap hipocrisy tu sbb ak kadang2
rasa kan..kalau ak betul2 nak
berkahwin ak perlu ada seseorang yg
betul2 boleh guide ak..kenapa??
sebab sorry to say ak bukan nak
bkak pekung di dada tp,boleh dikira
suami yg boleh digelar suami.
kalau ada,sgt2 bertuah..ak cakap
in terms of menjaga n dan memberi nafkah..
bab memberi nafkah ok,bab menjaga ok..
bab membimbing..out of topic.
ya,ak faham manusia tak sesempurna mana..
tp,kalau kau dah tahu nak kahwin dengan anak
org,cara kau nak membawa haluan keluarga of course
lah lain dr zaman kau sebelum kawin.
janganlah nak samakan masa zaman kau belum kawin..
its a big no-no.
ak sangat jeles okay dengan bf kawan2 ak yg sangat2
menjaga penampilan gf mereka in terms of syarat2 bpakaian xboleh ketat2,
yg menanpakkan itu ini..
kadang2 jangan kata xkawin lagi dah mcm tu,
dah kawin nanti,lg la ketat peraturannya..
good job,my friends..ITU BARU LAH DINAMAKAN CALON SUAMI..
bukan lepas kawin xmenjaga bab2 itu..

insya-allah,lepas ni aku akan kerap berdoa kearah itu.
n ak x cakap hidup ak sekeluarga sesempurna itu..
cuma,ak melontarkan geram yg amat sangat
dengan apa ak lihat di depan mata..
pada yg terasa,ak mintak maaf awal2..
sebab ak tahu umur ak yg masih hijau n
tak tahu masalah korg yg sebenar ,ak anggap
enteng utk berbicara
soal ini..
maaf sekali lagi.

renung2kan dan selamat beramal :) :)

testing..testing..1,2,3...






ehem2..taraaaaaaaaaaa...hasil kerja tangan ak n adikku anis...
masih dalam proses mempelajari design utk menjadikan ia lawa..huhuhu

Thursday, April 15, 2010

Dia dah pulang..

Morning everyone..


smlm kami sekeluarga ke Perak mengambil adik kesayangan saya disana.
Best gila dia dah cuti..
saya je belum..it tooks another 2 weeks to go for my sem break..hahaha
next week will be my final..ya allah..mcm xpercaya jer..
tp,instead of that,me n anis(my sis) dah plan everything for our holiday pjg ni..
nak g tgk movie,shopping,masak2..wohoooooooo..hopefully, we can enjoy together during holiday yg pjg nie..amin~~
Ya allah,kau eratkanlah hubungan kami ini hingga ke akhir nya..amin~





Tuesday, April 13, 2010

baru.

ak bosan plak dengan layout from pyzam.com b4.
so,ak dengan rajin men "google" web pages layout yg best2..
n this is the result..hahaha..tak habis2 dengan pink.
that's mine.ok.my favourite colour is pink.
then, ak mek layout from this blog: leelou's blog
lg sll la ak meg hapdet ap yg patot katblog ni bile dah berubah kaler layout..hahahha
:) :)

Final..

Alhamdulillah.everything gonna be fine.
tinggal persiapan mental n fizikal nak menghadapai paper2 final ni jer..
n alhamdullilah jg berkat semua yg berlaku ak berjaya manage utk skor yg terbaik dalam carry mark,test n assignment...

million thanks to my proud parents,family,friends; k.fatin,nissa,atie,intan etc,my dear shahril n the most imporatant person is my lecturer that always giving such advise and support..
thanks for all yr endless support..

I will do my very best this time to prove that i'm amongst the best .!!

if i got this..

memory lane.

Hi.readers..
today,i'm just starting my revision period.
but then still having my time to online.hahaha

after im reading one of my friends post in FB..i was wondering when i was in UIA b4, I suddenly asked one of my bestie.what she would wear on her special day?which colour?what kind of design etc..n now,i'm posting one of my design choice on my special day ..


wedding dresses

i love pink...(fr engangement day .boley la kut)

p/s: sebenarnya nak cari abaya design..tp,semua mcm xmenarik..i need an abaya design as what me and an planned for our special day. really miss raihan bt mahzan..

Saturday, April 10, 2010

FUTURE

Career Inventory Test Results

Extroversion ||||||||||||||||||||| 63%
Emotional Stability |||||||||||| 36%
Orderliness |||||||||||||||||||||||| 76%
Altruism |||||||||||| 36%
Inquisitiveness ||||||||||||||||||||| 66%

You are an Executive, possible professions include - program designer, attorney, administrator, office manager, chemical engineer, sales manager, logistics consultant, franchise owner, new business developer, personnel manager, investment banker, labor relations, management trainer, credit investigator, mortgage broker, corporate team trainer, environmental engineer, biomedical engineer, business consultant, educational consultant, personal financial planner, network integration specialist, media planner/buyer.
Take Free Career Test
personality tests by similarminds.com



WAH,,ade attorney skali on the list..wohooooooooo..dat was the past..now on,im looking for a better career that suits to my need.. fyi,insya-allah nanti ak akan grad for my degree on Bsc. in office system management..(mcm xpercaya pn ada..cuz im very passionate into arts suddenly termasuk sc pla..)kui3..whatever is akmar,do your best n try to achieve it!!~ u go girl

aku ada musuh ke?


After bangun dr tidur pagi td,ak turun ke bawah utk makan pagi.. and ttbe abah tanya ak,aku ada musuh ke??
sbb kejadian tayar pancit tempoh hr
xde kene mengene dengan kesan torehan atau paku..

seolah2 ada org sengaja nak buang anginpd tayar kereta aku.
.memang ak sangat sedih la..sebab ak
tak tahu apa yg org sakit hati
n xpuas hati dengan ak..

mcm xgentleman la buat ak..
cakap depan2..face to face la..
be it man or woman..c'mon la..
xde guna kau buat ak,cakap depan2 la wei..
nasib baik ak sabar n fikir exam lagi beberapa minggu jer..
aku tahu ALLAH is always beside me..be patient akmar..



Friday, April 9, 2010

sakit.

itulah orang cakap..
asyik sgt dgn dunia..
bila terkena br nak salahkan semua org,semua benda..


nak jadikan criter,ak kene "cakar dengan kucing aftenun td..(sangat sakit ,oke)
n ak takut macam2 virus ada melekat la ..
ya allah.paham2 je la kucing2 yg bersepah2 ni bukan leh caye sgt..
tah kuman ape yg ada..

ak boleh xperasan ada kucing depan rumah kawan ak..
yg ak tahu nak cepat jumpe kwn ak utk siapkan assignment group kitaorg..
ak boleh men blah je..sll ak tgk dlu bile nak jalan...yg ak pasan,kucing tuh meow kuat giler..
ampeh..xpasal2 melekat setem kat kaki ak ni..

n sepantas kilat ak g guardian pi beli dettol n letak minyak gamat as describe by him
yela,takut tau..kadang2 bahaya gigitan kucing ni..
silap2 boleh kene penyakit berbahaya..coz ak penah terbaca kat internet n newspaper before..ya allah,jangan lah jadi apa2 kat ak.. :( :(


p/s: article ttg keadaan ak yg dicakar kucing

Thursday, April 8, 2010

Tested..





Alhamdullilah..
kiranya post entry ak pada kali ni
agak emo sedikit..

smlm after selesai class keyboarding (OMT 121) pukul 10 mlm,
ak tlah diuji dengan
keadaan tayar kereta yang pancit sebelah..
ak memang sangat panic and tak tahu nak buat apa
melainkan call rumah n suruh abah datang kat tempat kejadian

nasib ak baik,cuma berlaku kat area kolej ak jer..
if x,mmg xtahu la apa nasib ak..

n nak jadikan criter ak ader test CTU a.k.a agama n typig eskmya..
abah lah yg bertungkus lumus memerah keringat menukar tayar yg pancit dengan hanya menggunkan jek n tyre spare.ak yg wanita ini hanya mampu melihat dan mengomel sendirian..

then last but not least,hargailah org yg sentiasa berada disisi kita kerana kita tidak tahu
bila masa dia dijemput illahi dan baru ketika itu kita terduduk diam dengan pemergian mereka ini..

p/s: kadang2 ak rasa ppl are too sellfish..(sorry,kenyataan ak ini beremosi)



These is pictures taken on the day happened:


*thanks again abah...

Tuesday, April 6, 2010

HIBURAN MINGGU INI (HMI)


Di suatu petang yang hening..kaum kerabat BEL 120 telah pun mengadakan sesi ujibakat bagi mencari penyanyi penyanyi baru utk di hantar pada AF 9 tahun hadapan..watch out,ya!!~



sekian.




Lagu Down yang dipopularkan oleh Jay Sean telah
di gubah semula oleh Bob Sean om 1a




Lagu ini telah berjaya dinyanyikan oleh Hudzwan dan Robson a.k.a
Justin Bieber the twins..dengan lagunya "BABY"(Terkedu dengar suare Rob..)






Geng2 gagak hitam om1a..dengan lagunya "you belong with me"..




Lagu perfect by gadis2 muslimah om1a..ala2 english nasyid gitu.... :P

xde class. nuffnang

hohoho..gud morning everyone.
ape khabr?sehat?mintak2 semua sihat hendaknya
today morning,ive got no class at all but will be have class on 2-4pm and 8-10pm..*sigh*.

And sementelah da xder kelas..ak pn rajin la nak online..
huhuhu(bkan kerja tiap2 hari ak ker??) ..gile addict ak ber online since younger bro ak xder kat rumah nie..if x,seminggu 2 -3 kali jer ak online..
hahahhaha...my remedy during loneliness..

then,nuffnang?apekah tu?nak tahu lebih lanjut do click at the nuffnang button at my sidebar page..
then,u'll know it..

hurm,rase2 nya ak nak cancel la kerja during cuti sem ni..
cuz byk perancangan with my family.
so,xkan nak sia2kan masa yg ada ni kan..
dah la,nak kumpul sesama pn susah.
so,ak decide NO WORKING DURING SEM BREAK..
and plan my day with a beneficial activities..(e.g: cooking) <3

Now on,i am on the move to improving myself in terms of house chores,masak memasak, melayan kerenah budak2..or what so called "a-future-wife-wannabe ..hehehhe..

p/s: REMEMBER, do click at my nuffnang button ya..

Monday, April 5, 2010

kereta IDAMAN..

Assalamualaikum all readers..today bersamaan 5 April 2010.
ak br shj selesai common test 101.Overall okay la n boleh jawab..Hopefully la dapat score A..


Tujuan ak post blog harini sbb..lately ak rase..sgt2 drooling pada 2 buah kereta ni..
kalau murah xpe gak..harga mangai..mahal habis..ak sekadar "menelan enzim emilase jer la bile ternampak kete ni atas jalan..


BMW 5series..

kia forte..
Both cars sgt lawa bg ak la
n harga pun mmg cun habis..
gamaknya mmg ak kene bekerja keras la kalau nak kereta ni..
huhuhuhuuh



Saturday, April 3, 2010

FINAL EXAM (Weeeeee.. i Lyke~~~)

FINAL EXAM TIMETABLE



21APR(WED) :

CTU 101 (2.15-4.15PM)

25 APR (SUN):

BEL 120 (9-11AM)

28 APR (WED):

OMT 101 (9-11 AM)

5 MEI (WED) :

OMT 115 ( 9-12NOON)

8 MEI (SAT):

OMT 131 (2.15-5.15)


p/s: To all Dip in Office Management & Technology students,All d best and for my classmates OM 1A (KOLEJ UNIKOP)..study smart and we are all the BEST,BEST AND BEST...

Sifat Wanita Melalui Unsur (credit to:http://www.esempoi.com/artikel/personaliti-wanita/sifat-wanita-melalui-unsur/)

Sifat Wanita Melalui Unsur

by admin on June 29, 2008

~ WANITA TANAH ~

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

~WANITA API~

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

~ WANITA ANGIN ~

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

~ WANITA AIR ~

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

~ NASIHAT UNTUK WANITA ~
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Rahsia Warna melalui Tarikh Lahir

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Okay..kali ini selidik pula personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu badan’! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan.. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu.. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta…! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!



p/s: Mine is "Merah Jambu"..

Thanks Allah for All of these things..

SALAM and gud evening everyone..

today post ak ni pasal..kawan2 lama..yup,kawan2 ak kat TEKCHE dlu..even though ak xde la lama kat ctu..but then,i was found few of them in FB..thanks la to techonology..atleast ak still leh berhubung ngan dorang2 nie..giler siyes rindu..erm,today k.amy edayu add ak kat fb..gilerla rindu kat dier..if x last year nak wat reunion dak2 PKA2..then,terbantut ngan kesibukan masing2..ak pn malas la nak wat kan..so,as a conclusion reuni kat "ALAM MAYA" je lah kan..few of them,ada yg ak ingat lg n ade yg ak dah luper..siyes ar mke masing2 da matured.hahaha..

last but not least,this is few of them yg berjaya di trace dkat fb..

Thursday, April 1, 2010

Amin...


Ptg td masa class OFFICE ADMIN I, kitaorg br lepas habiskan sylabbus.. yeah!!~ suka :) sbb nak common test n final then heaven for a while..n habis dip lg 5 sem to go (hahaha ..mcm lg bp bulan je nak habis)...yeahh..

lepas tu saje je la take a break for awhile..n miss in bukak la lagu UiTM dihatiku dan wawasan setia pelajar ..ada 2 version....tp best la..lg best dr lagu UIA yg ak xhafal2 tuh..hahahah..(sorry)..then, ttbe miss criter la masa die convo dier.n dak2 ni tanye la cam2.then,miss bg contoh ak.."seterusnya anugerah naib canselor jatuh kepada AMIRUL AKMAR BT AZAMI". mmg meremang la bulu roma ak time tu..mcm real jer ap yg miss criter tu..n miss ada pesan,whatever it is org pandang serong kat our institution pn,just go for it..that's the FATE that ALLAH has written to us..n sampai skrg ak rasa yes..its true..ak dah dapat merasakan bahang2 nak menuju kepuncak kejayaan..n ak percaya doa2 org disekeliling ak sentiasa mengiringi ak sms menuntut ilmu..amin..


kat bwh ni la 2 lagu uitm..giler la ak dengar je,ak nangis.( Lirik dia la wat ak FEEL)

UiTM Di Hatiku

Wujudmu di sini
Di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu
Memayungi putera puterinya
Pelopor hidup,budaya bangsa,agama,negara
Pembentuk akhlak manusia
Agar jadi sempurna

Ku yang melangkah di sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya
Demi bangsa

Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua

UiTM...USAHA,TAQWA,MULIA

Komposer & Lirik: Osman Mohamed




Wawasan Setia Warga UiTM

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita...jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita...jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada
Kita...berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan

Untuk Negaraku.

Komposer: Sahar Sa’di Hashim
Lirik: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin