Thursday, February 17, 2011

La Tahzan

La tahzan(Jangan bersedih)..

baris ayat itu selalu bermain di mindaku.
adakah aku benar-benar gembira
adakah aku benar-benar bahagia dengan realiti ini
yang kadang kala aku sendiri kurang arif tentang rasa itu

Pernah sesekali terbit rasa cinta
cinta yang pernah buat aku rasakan bahagia
cinta yang aku rasa sampai bila-bila aku takkan lepaskan
namun aku alpa
cinta pada-Nya itu yang harus ku gapai
yang harus ku kejar..
tapi...
aku ini hamba yg lemah,Ya Rabb.
terkadang tersadung di lembah hina itu
aku gapai kembali redha mu,Ya Rabb

Jika kali ini aku bersedih
mereka-mereka itu selalu bersamaku
menyemai rasa semangat baru
menyeka air mata yang mengalir
sambil berkata "Kau kuat,Akmar"..
tapi,aku tak sekuat seperti yang kalian katakan.
aku manusia yang penuh dengan rasa
kadang kala aku rasa,rasa itu sendiri seakan memakan rasa sebenar

Aku tidak penat dengan dugaan silih berganti
kerna aku tahu
setiap kali aku di duga
hikmah disebaliknya itu buat aku tersedar
buat aku berkata
"ya,Kau masih ada yang sayang"
"Kau perlu kuat,utk hadapi masa yang mendatang"

Aku makin sabar dengan masa
sabar dengan kerenah dunia
sabar bersama kehidupan

kerana jika hari ini aku teruskan rasa sedih itu
mungkin aku tidak akan berada di sini
tidak mampu menghadapi apa yang ku lalui kini.

Syukran jazillan,ya Rabb
atas kurniaan hikmah ini.

La Tahzan..

No comments:

Post a Comment