Saturday, November 6, 2010

Kerana Itu..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sudah selesai 3 subjek untuk peperiksaan akhir semester.
Berbaki lagi dua subjek yang harus aku harungi
Harap2 berbekalkan ilmu yang telah diajar dan usaha sendiri
aku akan berjaya..insya-Allah.
Sedar tak sedar hampir 2 semester aku disitu
Dahulu aku rapuh hati
sakit jiwa memikirkan tentang itu
Tapi,Alhamdulillah doa ku didengari
sokongan mereka mereka membuatkan aku berdiri lagi disitu.
Kadang kala aku rebah di tengah jalan
bila diuji dengan permasalahan
cuba lagi bangkit
cuba lagi bertahan
hanya untuk menempa kejayaan
Aku bangga punya rakan rakan sebaik kalian
bangga dengan pencapaian kalian
kerna kalian aku hidupkan api semangat
untuk terus berjuang
Mungkin dulu aku naif
naif dengan kehendak hati
kini aku cuba berdiri
untuk kesekian kali agar aku tahu
kerana itu "aku mampu mengubah nasib diriku"..

2 comments: