Monday, May 31, 2010

Doakan semuanya dalam lindungan Allah s.w.t.

Tengahari tadi,aku baru terima sms dari seseorang yg
mengatakan kapal lifelineforgaza telah dirampas oleh Israel.
Aku pada mulanya tegar dengan saranan si pengirim sms,tiba2 rasa sesuatu.
aku usai solat zuhur dengan mendoakan keselamatan manusia2 yang tidak berdosa didalam kapal lifeline for gaza.

Dulu semasa di alam Matrikulasi,
ak disogok dengan pelbagai agenda Israel.
kempen sana,kempen sini.
aku kurang arif perihal dunia ketika itu..
Masih bertatih mengenali siapa benar,siapa salah.
siapa kawan,siapa lawan.

Namun,terima kasih kuucapkan kepada dia,
kepada laman social fbook,aljazeera,cnn,bbc network diatas segala berita terkini

Aku mendoakan agar mereka semua didalam lindungan Allah S.w.t.
wahai teman,wahai rakan..
Islam kian ditindas.
maruah kita sering dicabar.
Hak kita juga dicalar.
Bangkitlah kita!!



1 comment: