Sunday, May 2, 2010

Berhati-hati Apabila di Stesen Minyak

1. 2 bulan lalu, saya ada menerima berita tentang seorang wanita yang hampir-hampir dilakukan sesuatu yang tidak baik padanya. Beliau berasa mengantuk selepas menerima sekeping business card dari seorang yang tidak dikenali. Rupa-rupanya kad tersebut sudah diletakkan bauan yang boleh membuatkan seseorang mengantuk. Beliau diekori oleh lelaki tersebut, namun niat jahat lelaki itu tidak berjaya kerana wanita tersebut telah menekan hon berkali-kali meminta tolong. Lelaki jahat tersebut lari. Wanita itu menerima kad tersebut di stesen minyak.
2.

Pelanggan Takaful saya pecah cermin belakangnya. Beg tangannya dicuri dan beliau telah kerugian ribuan ringgit. Kejadian berlaku di stesen minyak.
3.

Suatu ketika dulu, saya pernah terbaca kejadian kereta yang dibawa lari oleh beberapa orang lelaki. Malangnya, anak-anak pemilik kereta tersebut masih ada di dalam kereta dan dibawa lari sama. Kejadian berlaku di stesen minyak ketika pemilik kereta berhenti sebentar untuk membeli sesuatu. Beliau tak kunci keretanya.
4.

Terkini pagi tadi, saya menerima satu email tentang pekeliling dari Petronas tentang wujudnya satu sindiket yang memberikan hadiah-hadiah kecil sebagai free gift di stesen minyak. Free gift ini sebenarnya sudah dipasang dengan alat pengesan. Kumpulan sindiket ini akan mengesan pergerakan dan lokasi bakal mangsa melalui pancaran yang dipancarkan oleh free gift tersebut.


and this is letter from PETRONAS.

No comments:

Post a Comment