Wednesday, October 13, 2010

Kuatkan hatiku Ya Allah..

Salam ukhuwah buat semua.
Alhamdulillah.tak lama lg aku nak hadapi final examination yang berbaki lagi 11 hari menurut perkiraan hari ini.


Ya Allah terasa pantas benar masa berlalu
dengan apa yang aku alami sebelum dan sekarang
seakan mengajar aku untuk terus kuat dalam menghadapi segala dugaan hidup.
Dari pelbagai bentuk masalah akhirnya aku rasa telah cukup kuat seketika ini
Mungkin esok aku diuji lagi
atau mungkin tulat
lusa..
ahhhhhh....aku benci semua itu
aku benci mereka yang mengkucar kacirkan hidup aku
kadang2 aku rasa mahu lari dari semua masalah yang berlaku
tapi,sebagai manusia yang bepegang pada ajaran-Nya, aku harus terus kukuh di belakang tembok sabar itu.
aku kutip serpihan duka dan lara supaya mengubati rasa yang membenam di dada.


Mungkin aku alpa
aku ada Allah untuk aku mengadu
Aku ada keluarga untuk di beritahu tentang keadaanku
Aku ada kawan,sahabat dan juga teman untuk aku meneruskan sisa-sisa yang mencorakkan hidup aku sekarang......

Ya Rabb,
Kalau aku tersungkur lagi
berilah aku petunjukmu
jika aku ter alpa dengan dunia
berilah peringatan pada ku
ada ego yang seakan menebal didalam jiwaku
untuk aku terus berusaha menentang musuh jiwa
iaitu duka.

Kuatkan hati aku,Ya Allah..

2 comments: