Sunday, October 24, 2010

Ketika Itu..

Suasana sekeliling seakan memahami
kehendak hati
hati yang mahu lari
lari dari semua
Tapi, aku kuatkan lagi langkah ini
untuk segala yang belum ku hadapi

Ketika itu
aku sibuk dengan urusan dunia
sibuk yang seakan menjengah ruang rasa
kadang kala melupakan seketika DIA
Astaghfirullah...

Ketika itu
aku leka dengan hal si dia
si dia yang aku puja
namun hati tak pernah menolak rasa
rasa yang seakan mengatakan "sampai bila hubungan kita"?

Ketika itu
aku sepi
sepi yang seakan menujah dalam hati
hati seakan berkata
carilah DIA..
DIA maha mendengar
Lalu aku ikutkan rasa...
aku teruskan pencarian dalam mencari DIA..
Ya rabb.


*Buat rakan-rakan seperjuangan sekalian, terima kasih
kerana sentiasa ada bersama diri ini dan juga buat anda yang
bakal menduduki alam imtihan bermula esok, selamat maju jaya diucapkan
doa,usaha dan tawakkal ubat paling mujarab.

2 comments:

  1. sedar tak
    ayat ko berbunga
    kita yg membaca nie rasa tenang je baca
    seronok
    keep it up
    tak semua ade talent lyk u do
    ape pn
    tabah kan hati
    tabah kan perasaan
    ko kuat.kita tau tue.
    =)

    ReplyDelete
  2. thanks miera.. =)
    ko dah sampai m'sia?

    ReplyDelete