Monday, July 19, 2010

Alhamdulillah.

Salam everyone.

susah betul lately nak active blogging mcm time2 cuti 2 months dlu.
byk lak nak cter time tu.
now on,apa yg nak di ceritakan ialah:-

hidup makin busy
samaada personal life,study etc.
then,at the same time I wanna be the best businesswomen ever.
baik dunia mahupun akhirat juga.
bukan senang nak balance dua2..
kena pandai merancang.
tapi,segalanya di tangan Allah.
Kita as a makhluk haruslah berusaha,berusaha dan terus berusaha.
ajja fighting.. :) :)

Then, if let say blog personal ni terabai.
anda tahulah kenapa.
bukan sengaja
bukan merajuk hati
merajuk idea.
tp,kerna dek ke sibukan yg melanda .
haruslah diketepikan sebentar nukilan hati yang tak seberapa ini.

Di harapkan.
selepas ini.
saya masih memerlukan tinta maya ini
untuk melakar cerita nukilan hati

sekian,

Akmar Azami

Monday, July 12, 2010

Hari ini

Salam semua.
Hari ni banyak perkara yang berlaku.
Alhamdulillah aku laluinya dengan tabah dan sabar.

Sabar dengan kesakitan.
sabar dengan kenyataan
sabar untuk semuanya

Alhamdulillah syukur kehadrat-Nya.
aku dikurniakan keluarga yang sangat penyayang dan memahami
serta rakan rakan yang sentiasa mendampingiku
untuk menitipkan kata kata semangat
untuk aku terus harungi ranjau ini
belum tentu aku mampu hadapinya sendiri
Berkat doa doa kalian aku terus kuat.
kuat dan tegar sehingga ku rasakan
biar ia pergi
pergi dan pergi

Terima segalanya.

Salam buat semua.

kiranya tinta maya ini masih bernyawa,
aku pasti akan menceritakan segala.
segala yang kurasa.
segala yang ku pendam.
Tapi,aku akur.
aku hanya manusia biasa.
manusia biasa yang tegar dengan kehendak manusia.


Tapi,
aku tahu.
aku hanya perlu kuat
kuat sementara dan selamanya untuk ini.
untuk rasa yang kurasa.
rasa yang telah hadir sekian lama.


Biarkan ia berlalu
berlalu seperti angin yang menderu
memderu untuk ku lepaskan segalanya
dan aku harus terima untuk segalanya......

Tuesday, July 6, 2010

Syukran.Alhamdulillah.

Assalamualaikum ,

Syukur Alhamdulillah ke hadrat-Nya.Aku masih disini.masih berdiri teguh dengan sisa sisa kekuatan yang ada.

Sudah seminggu blog ni bersawang.
apakan daya ,dengan kekangan masa
aku jadi lupa seketika dengan dunia penulisan maya .
kadang kala sukar untuk aku tafsirkan "erti kesibukan"
kerna,apa yang aku lakukan sebelum ini belum tentu boleh di label sebagai kesibukan.

Ya,
aku rindu kampung halaman
aku rindu arwah tok dan pah.
aku pulang bersama buah hati pengarang jantung ku ;mak ,abah
ke Terengganu.
Kami sempat berada disana.
menghabiskan sisa cuti semester ku minggu lepas.
berjumpa saudara mara
yang kian jauh di mata
namun aku tahu kalian tetap dihatiku.

Kemudian usai kami di Terengganu
Anis yang baru sahaja ber gelar mahasiswi
memberitahuku bahwa dia perlu segera pulang ke rumah
Aku seperti biasa, senyum sambil gembira di dalam hati
akhirnya adikku pulang juga
pengubat rindu dikala aku sunyi
bergaduh manja sebahagian daripada rencah adik beradik
tiada Anis,tiada Amir sunyi rumah ini.
haruslah aku merindui kalian.

Pulanglah Anis ke puncak menara gading impian
aku berseorangan lagi tanpa Anis dan Amir
tapi,aku tahu aku masih kuat untuk menahan rinduku pada mereka berdua
kadang kala aku menangis
puas dipujuk hati ini
agar sabar dengan ketiadaan kalian berdua
tapi,kakakmu ini hanya mampu berdoa agar kamu berdua
jangan hampakan mak abah berserta kakakmu ini,

adikku Anis,
Kamu Bijak
belajarlah rajin2.jangan jadi mcm kak long
menyesal di kemudian hari gara gara ikutkan hati yang mahu mencuba
tapi,kak long bangkit Anis.

Bangkit untuk mengejar impian Kak Long
yang pasti semua nya sudah tersedia buat kita tiga beradik di masa hadapan.

Amir,
Walaupun kau jauh dari kami sekeluarga.
kami tahu,kau telah kuat dan berjaya di sana.
Belajar bersungguh2 Amir.
Inilah harta yang kita ada.
Jangan sia sia kan harapan kami di sini.
Kau hebat dari kakakkmu ini
antara yang terbaik.
jadi,jangan hampakan kak long.

Bait bait itu aku selalu menerjah di ruang mindaku sewaktu mendoakan kalian ,Anis dan Amir

Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih punyai keluarga yang bahagia,
sahabat yang masihbergelar sahabat
kawan yang terbaik
teman yang sering membantu

Aku bersyukur Ya Allah.
Jika aku tersungkur lagi,berikan aku kekuatan Ya Allah.
Aku sudah puas bersedih
mengenang dosa dosa silam
Adakah ini kifarah buatku
jika "ya"..aku terima seadanya Ya Allah
Jika tidak aku harus berdiri lagi
ber muhasabah lagi.
"kuatkan semangat kau Akmar".